Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Monday, 11 March 2013

Jangan Terasa Masih Muda Untuk Bernikah



Dalam diri setiap manusia ada cinta. Malah dalam hati setiap manusia itu terpendamnya perasaan kasih dan sayang. Setiap perlakuan manusia adalah manifestasi dari cinta yang terpendam dalam hati. Dan secara tidak sedar sebenarnya naluri cinta adalah perkara utama yang menjadi faktor kepada setiap pekerjaan manusia sehari-harian. Perasaan ini memainkan peranan yang besar dalam perlakuan dan tingkah laku seseorang manusia.

Setiap manusia memerlukan cinta. cinta ibarat nyawa bagi sebuah kehidupan. Tanpa cinta, kehidupan terasa sempit, sengsara, malah seolah-olah sunyi dan tiada makna. Cinta yang terpendam dalam hati manusia tidak tegar untuk tetap terperunduk di dalam kamar hati. 

Cinta itu kebiasaannya ingin keluar melihat dunia nyata. Cinta ingin mengembara keluar melihat alam yang indah, mencari hakikat sebenar kebahagiaan. Cinta yang lama dipendam dalam hati hanya akan menyebabkan manusia itu sakit. Keperitan menahan cinta yang terpendam itu akan menyebabkan manusia hilang pertimbangan akal dan kewarasan pemikiran. Itulah sebabnya cinta memerlukan kebebasan untuk mengembara keluar, mencari tempat untuk bersandar...

Teruskan membaca di... --> sini =)

Monday, 24 December 2012

Pesanan buat Muslimah dari seorang Muslim :

by:fb srikandi2 islam
(Mujahidah Asrar)

Pesanan buat Muslimah dari seorang Muslim : 

Semenjak kebelakangan ini, dan mungkin dah bertahun ini, saya melihat wanita-wanita islam (bujang) Malaysia selalu buat promosi di FACEBOOK, tentang mencari pasangan dengan ayat berbunga2, merintih2, menyeru2, mendayu-dayu, memuja-muja, walau menggunakan Hadith rasulullah berkenaan cinta, dihuraikan pula dengan umpama lelaki yang sedang berKASANOVA.

Lebih menyedihkan mereka yang berminat berAYAT seperti itu adalah yang sopan santun, berpurdah, berjilbab labuh, menutup aurat dan lain-lain. Tidakkah anda berasa merendah martabat wanita? Kerana FB bukan tempatnya.

PERCAYALAH SESUNGGUHNYA IA MEMUALKAN BAGI LELAKI SOLEH, dan menaikkan syahwat bagi lelaki toleh/Mata keranjang,pemaksiat dan lain-lain. Maka kiranya FB tempat anda meluah dan mecari,nantikan pemangsa akan memakan anda, akan sukar mencari idaman calon syurga hanya menumpu di FB.

Kiranya anda (wanita Muslimah) ingin mencari teman, adalah baik bukan di FB,carilah lihatlah mereka di majlis2 ilmu, di masjid2, di pertubuhan bait muslim, di medan perjuangan atau lebih mudah dikata medan Islamik.

WAHAI WANITA ISLAM,JANGANLAH DIBUKA PEKUNG DIDADA MENJADI TONTONAN UMUM,JAGA MARUAH ISLAM DAN WANITA MUSLIMAH.

Saat ini bukan sesuai bermadah pujangga memuji-muji lelaki demi mencari calon hati. Saat ini adalah lebih baik bersama dengan perjuangan islam, FB boleh menjadi medan dakwah,seru ummah membantu islam di Palestin, Rohingya, Suria dan lain-lain bentuk seruan kepada jalan islam. FB bagi wanita muslimah bukan hanya tempat menulis hadith cinta atau meluah kemaruk kasih..

Fikir-fikirkan.. Wanita YANG SUKA BERKHAYAL,
hiduplah dalam realiti dan bukan fantasi, membuang masa berpujangga, menjumud fikiran dengan fikiran tertumpu dek khayal cinta, akan hidup tidak manfaat untuk ummah bahkan untuk diri sendiri jauh berada terkebelakang.Wanita muslimah JANGAN KETINGGALAN .

Thursday, 30 June 2011

aurat... aurat.. urat?


Alasan Biasa Bagi Pendedah Aurat & Jawapan Bagi Mereka
Assalamualaikum semua
Kepada mereka2 yang mempunyai kawan2 yang tidak menutup aurat, berkongsilah dengan mereka hujah2 di bawah. InsyaAllah, dorang akan berubah namun harus diingat..berkongsilah dengan mereka dengan cara yang berhikmah. Janganlah pula dengan cara memperli, mengherdik dan sebagainya.
aurat
-----------------------------------------------------------------------------------------------
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”

"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"

Jawapan:

Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling [1].

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"

“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”

“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)[2]

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"

“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:

Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. [3]

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”

“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”

“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi....

Wednesday, 29 June 2011

pakaian syurga

Sewaktu saya bersiar-siar di KLCC, Mid Valley, Times Square dan seribu satu pasaraya lagi, hampir setiap kali saya akan berjumpa dengan remaja Melayu yang tidak ada langsung ciri-ciri kemelayuan.

Sekali pandang persis Minah dan Mat Salleh. Rambutnya berwarna-warni, didandan pula dengan mekap beserta aksesori, ditambah pula dengan skirt singkat, memang serupa dengan orang kulit putih, cuma kulit mereka sahaja masih Melayu.

Kenapa ya? Kalau adapun remaja Melayu, jiwa dan pakaian mereka membuatkan seolah-olah saya sedang membeli belah di pasaraya ternama di New York atau Hong Kong. Hebat bukan?

Saya akui, fesyen mampu mencipta satu suasana yang berbeza. Cuba bayangkan sebentar, kamu sekarang di Mid Valley dengan berjubah, dan hampir semua manusia di sekelilingmu berpakaian jeans ketat dan berskirt singkat, bukankah kamu akan gusar?

Mana tidaknya, apa yang kita fikirkan ialah apa yang orang lain fikirkan terhadap kita. Betul?

"Eh, Minah ni, pakai jubah pula."

Dalam zaman yang serba canggih, hatta pakaian sekalipun mahu dicanggihkan (bukan jenama canggih). Saya juga hairan, entah dari mana pereka-pereka fesyen ini mendapat ilham.

Mereka mencipta pakaian dalam pelbagai versi, dedah belakang, tutup depan, dedah atas dan tutup bawah. Semua kelihatan hebat di mata kita kerana ia adalah sesuatu yang lain dalam norma masyarakat kita. Bukankah anda suka kalau anda menjadi perhatian?

Kita dan Fesyen

Teringat sewaktu saya dan dua orang teman lama bertemu, kami menghabiskan masa dengan membeli belah. Saya dan Si A mahu membeli pakaian. Al-kisah, singgahlah kami di sebuah kedai pakaian di East Cost Mall, dan ketika membeli kemeja, saya memilih kemeja yang agak labuh manakala teman saya, si A memilih kemeja biasa. Lalu saya ditegur begini :

"Eh, Aishah, kenapa labuh sangat?".

Saya tergamam. Kelu lidah seketika. Walhal sebenarnya akal saya mencari-cari idea untuk membalas soalannya yang bagi saya tidak perlu dijawab.

"Erm, memang saya suka jenis yang macam ini."

Sikap Umat Kita

Di zaman fesyen bohsia bohjan dijaja, akhlak lumat entah kemana, saya merasakan sesuatu telah hilang dalam diri kita. Sesuatu yang hilang itu yang pernah berlaku pada umat terdahulu; yang menyebabkan kita kehilangan zaman-zaman indah kegemilangan Tamadun Islam.

Apa yang Hilang?

Izzatul islam. Perasaan bangga dengan Islam. Saya percaya umat kita sudah hilang perasaan bangga sebagai seorang Muslim. Mana tidaknya, kita sendiri yang merasa malu apabila berpakaian mengikut syariat, apabila tidak berhias, berdandan dan tidak mengikut trend fesyen.

Seolah-olah Muslim yang mengikut syariat tergolong dalam golongan yang terasing jika berpakaian menutup aurat kerana kebanyakan manusia berfesyen dengan fesyen dedah-dedah.

Ada satu lagi cerita. Harap siapa yang sudi membaca tidak jemu.

Saya berasal dari sebuah sekolah biasa, maka adab dan sosial pelajar-pelajar juga biasa-biasa sahaja. Apabila saya dan kawan bertudung jenis kain akel, saya dan teman baik dipanggil ustazah. Tinggi sungguh penghargaan yang diberi pada kami.

Suatu hari, kawan saya memakai tudung labuh. Usai solat Isyak di surau sekolah, dia keluar. Merah padam mukanya apabila memasuki kelas gara-gara semua mata memerhatinya dari surau sehingga ke kelas. Terpaksalah dia menyorok seketika di dalam tandas.

Saya tahu, barangkali kamu terlupa sekali-sekala untuk memakai lengan panjang, terlupa untuk menutup rambutmu yang ikal mayang, terlupa untuk memakai seluar di bawah paras lutut dan seribu satu lagi kelupaanmu.

Tapi kamu jangan lupa, malaikat yang mencatat amalanmu di kiri dan kanan tidak pernah lupa untuk menulis amalanmu. Dan yang paling kamu tak boleh lupa, Pencipta kita sentiasa memerhatikan kita. Maha Suci Allah dari sifat hamba-Nya yang pelupa. Kalau hari-hari lupa, sampai bila kesudahannya?

Barangkali juga kamu tahu menutup aurat penuh itu wajib. Cuma kamu masih belum kuat untuk berubah. Kamu tahu, memakai tudung perlu menutup dada, memakai baju jangan yang ketat-ketat dan nipis, apabila berhias biarlah berpada-pada.

Tetapi kamu jangan lupa, kekuatan itu datangnya dari iman. Dan iman itu datangnya dengan keyakinanmu pada janji Tuhan. Apa kamu sudah lupa mengapa Allah memberi arahan sedemikian?

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nur :31).

Maka saya membuat kesimpulan peribadi. Kebanyakan kita berpakai mengikut undang-undang budaya bukan syariat lagi. Kalau tidak, mana lahirnya golongan pakai jubah tapi tak bertudung, apabila bertudung pula, baju hampir-hampir tanpa lengan, kain pula terbelah depan belakang?

Kalau lelaki pula, seluar ketat-ketat, seluar singkat-singkat. Mungkin begini, lahir-lahir ibu bapa pakai begitu, maka anak-anak juga mengikut apa yang dipakai ibu bapa. Kita pakai ikut budaya tanpa tahu dalilnya?

Prejudis Terhadap Umat Sendiri

Seringkali bila memikirkan masalah umat, saya hairan, mengapa umat Islam lewat zaman ini bersikap prejudis terhadap saudara sendiri? Mengapa apabila ada yang cuba-cuba "berhijrah" ke arah yang lebih baik, akan ada nada-nada sumbang di belakang yang memandang serong?

Bukannya mahu diambil yang jernih dibuang yang keruh. Apatah lagi memberi sokongan, tapi ia dipulaukan pula semata-mata kerana mentaati perintah Allah. Masya-Allah saudaraku, cepat-cepatlah hisab diri!

Sabda Nabi Junjungan

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasululah saw. ,"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing." -H.R. Muslim

Lihatlah saudaraku, Islam kembali asing di akhir zaman ini dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Kita sendiri yang merasa ganjil dan pelik tatkala melihat orang Islam yang iltizam dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.

Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang normal di kalangan mereka.

Dan begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api." H.R. Tirmizi

Di zaman yang sangat mencabar ini, sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran Islam terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau tidak bersungguh-sungguh, nescaya Islam terlepas dari genggamannya.

Kerana apa? Kerana umat Islam sendiri tidak membantu untuk dia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. Jadi kesimpulannya, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.

Lecehnya Islam

Ada yang mempersoalkan, kenapalah perempuan diperintahkan menutup aurat hampir keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan? Kenapa lelaki tidak?

Jawapannya pada saya mudah. Kerana yang Allah perintahkan untuk kita tutup itu adalah yang indah-indah belaka. Tanpa perlu lagi dikiaskan dengan analogi palsu yang sudah dihadam oleh kita (analogi permata dalam bungkusan), kita pasti faham. Buktikan pada saya, dimana perempuan tidak cantik?

Tiada.

Tapi lelaki, diberatkan pula dengan amanah dan tanggungjawab. Menjadi lelaki bagi saya umpama bakal memikul sebeban gunung. Mana tidaknya, kalau sudah berkahwin, keluarga sendiri perlu dijaga, ibu dan ayah perlu diutama, anak isteri juga dipikul dosa, nafkah pula perlu diusaha, bukankah itu amanah besar dari Tuhan?

Saya menulis ikhlas dari hati. Untuk kakak, adik, ibu, ayah, abang, kawan, teman, dan Muslim semuanya. Semua ini tanda kasih dan sayang bersama. Kerana saya tahu, syurga dicipta untuk semua hambanya. Maka,saya mahu masuk bersama kalian. Sungguh, syurga itu mahal nilainya, dan jalan menujunya tidak semudah yang kita sangka. Maka, berubahlah dari sekarang.

Yang lebih menakutkan apabila direnungi hadis Nabi di bawah :

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda : "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

Marilah kita sama-sama berubah menuju ke jalan-Nya.

- Artikel iluvislam.com

Friday, 24 June 2011

Sembunyikanlah Wajahmu Wahai Muslimah

Kadangkala, tika diri ini mengenangkan minda dari memikir2 perkara yg rumit ataupon merehatkan minda dari kerja rumah yg melelahkan, terlihat lah akan individu2 yg menyatakan diri mereka Muslimah meletakkan gambar2 mereka pada page mereka.. tidak kiralah samada di Friendster, Myspace,facebook mahupon blog sekalipun.. tidak lupa juga bg mereka yg menggunakan ym sebagai medium perhubungan... terbit rasa hairan di dalam hati ini.. dimanakah perginya rasa segan mereka..? tiadakah terbit rasa malu di hati mereka..?



Ada Apa Dengan Gambar?

 Baiklah... ana rase mungkin ramai yg membaca perkara ini merasa pelik..? Mungkin juga masing2 sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan apa yang ana taipkan selepas ini.. ana amatlah berharap antunna (khususnya) semua membuka pintu hati masing2 tanpa dpaksa dan bersedia untuk menerima apa yg ana mahu perkatakan selepas ini...



Ana mulakan dengan persoalan..Perlukah diupload gambar untuk totonan umum..? Mengapa..??



1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.

2.Supaya orang yg dh kenal aku boleh melihat aku selalu.

3.Supaya friendster aku jd kunjungan ramai...sbb ape..?dan byk lagi ana rase....



Kerana Gambarmu itu Begitu Berharga

Sedarlah wahai Muslimah... tidakkah kamu merasakan gambarmu itu sungguh berharga..? Adakah kamu fikir wajahmu diciptakan semata2 untuk pandangan umum..?? Tak salah rasanya jika ana mengatakan ramai yg bangga meletakkan gambar dgn niat mahu mempertontonkan kecantikan yg telah dikurniakan Allah kpdnya..Adakah kamu fikir kebarangkalian gambarmu itu dijadikan bahan bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka..? Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim..?? Dikira 'beruntunglah' jika begitu.. tidak kurang juga yg hanya menjadi modal umpatan bg lelaki2 yg mengenali kamu..? Adakah kamu tahu apa yang mereka bualkan dibelakang kamu..? Jika kamu tahu, cuak kamu nk mengupload gambar kamu di alam maya ini..



Diingatkanlah juga kepada kamu bahawa kemudahan sekarang semakin canggih hari demi hari...Tidakkah kamu ingat bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn senang dgn hanya menekan bahagian kanan tetikus dan mengelik padd Save As sahaja boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dlm komputer sang lelaki... Apa yang perlu dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg mmg mahukan kecantikan mereka ditunjuk2..?INGAT..!! dengan kemudahan sekarang.. dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka yg tidak bertanggungjwab dengan menggunakan Photoshop,Fireworks, dan lain2.. Hanya dengan satu kesilapan sahaja, jangan terkejut jika gambarmu secara tiba2 terpampang besar pd skrin website yg tidak sepatutnya.... Adakah ketika itu kamu mampu lg berbangga..? Apa yg mampu anda lakukan ketika itu..?? Hanya merintih x tentu pasal sahaja atas kesilapan yg dilakukan olehmu sendiri...



Muslimah Dan Gambar

 Perlu ana tekan kan di sini bahawa ana bukanlah musuh2 kamu semua, bukanlah mahu mengaibkan ataupon menghentam antunna semua.. tp ana adalah saudara seislam mu yg enggan melihat wajah2mu menjadi tontonan umum... tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang2nya di alam maya.. Meskipun antunna sudah lengkap menutup auratmu..namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai aurat ..



Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki..? Perosak ketaqwaan seorang Muslim..?? dan lebih teruk lg menjadi Mata Panah Syaitan...



 Sedarlah muslimah/akhowat.. sudah tiba masanya antunna sedar bahawa wajahmu itu hanya Halal dilihat berkali2 oleh mereka yg btol2 layak sahaja.. tidak perlulah berbangga dgn apa ygtelah Allah anugerahkan kpdmu dgn menggunakanya sbgi Mata Panahan kpd syaitan..Na'uzubillah..!! Jika kamu semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dr alam maya ini dgn seribu satu alasan... hanya satu pesan ana... BERHATI2LAH...!!



 Peringatan!!!!jgn kamu mengupload gmbar temanmu tanpa pengetahuan & keizinannya....kerana kmungkinan kamu tidak tahu



bahawa temanmu itu tdak suka gmbarnya di pertontonkan oleh orang ramai.......kerana kamu..dia mnjadi mangsa

kamu turut mndpt dosa.........

http://www.facebook.com/pages/AKU-BENCI-DEDAH-AURAT-DI-LAMAN-SOSIAL/183651251682730