Thursday 30 June 2011

aurat... aurat.. urat?


Alasan Biasa Bagi Pendedah Aurat & Jawapan Bagi Mereka
Assalamualaikum semua
Kepada mereka2 yang mempunyai kawan2 yang tidak menutup aurat, berkongsilah dengan mereka hujah2 di bawah. InsyaAllah, dorang akan berubah namun harus diingat..berkongsilah dengan mereka dengan cara yang berhikmah. Janganlah pula dengan cara memperli, mengherdik dan sebagainya.
aurat
-----------------------------------------------------------------------------------------------
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”

"Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku"

Jawapan:

Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling [1].

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

"Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!"

“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”

“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)[2]

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

"Bertudung ni perlukan keikhlasan…"

“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:

Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki. [3]

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”

“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”

“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi....

Wednesday 29 June 2011

pakaian syurga

Sewaktu saya bersiar-siar di KLCC, Mid Valley, Times Square dan seribu satu pasaraya lagi, hampir setiap kali saya akan berjumpa dengan remaja Melayu yang tidak ada langsung ciri-ciri kemelayuan.

Sekali pandang persis Minah dan Mat Salleh. Rambutnya berwarna-warni, didandan pula dengan mekap beserta aksesori, ditambah pula dengan skirt singkat, memang serupa dengan orang kulit putih, cuma kulit mereka sahaja masih Melayu.

Kenapa ya? Kalau adapun remaja Melayu, jiwa dan pakaian mereka membuatkan seolah-olah saya sedang membeli belah di pasaraya ternama di New York atau Hong Kong. Hebat bukan?

Saya akui, fesyen mampu mencipta satu suasana yang berbeza. Cuba bayangkan sebentar, kamu sekarang di Mid Valley dengan berjubah, dan hampir semua manusia di sekelilingmu berpakaian jeans ketat dan berskirt singkat, bukankah kamu akan gusar?

Mana tidaknya, apa yang kita fikirkan ialah apa yang orang lain fikirkan terhadap kita. Betul?

"Eh, Minah ni, pakai jubah pula."

Dalam zaman yang serba canggih, hatta pakaian sekalipun mahu dicanggihkan (bukan jenama canggih). Saya juga hairan, entah dari mana pereka-pereka fesyen ini mendapat ilham.

Mereka mencipta pakaian dalam pelbagai versi, dedah belakang, tutup depan, dedah atas dan tutup bawah. Semua kelihatan hebat di mata kita kerana ia adalah sesuatu yang lain dalam norma masyarakat kita. Bukankah anda suka kalau anda menjadi perhatian?

Kita dan Fesyen

Teringat sewaktu saya dan dua orang teman lama bertemu, kami menghabiskan masa dengan membeli belah. Saya dan Si A mahu membeli pakaian. Al-kisah, singgahlah kami di sebuah kedai pakaian di East Cost Mall, dan ketika membeli kemeja, saya memilih kemeja yang agak labuh manakala teman saya, si A memilih kemeja biasa. Lalu saya ditegur begini :

"Eh, Aishah, kenapa labuh sangat?".

Saya tergamam. Kelu lidah seketika. Walhal sebenarnya akal saya mencari-cari idea untuk membalas soalannya yang bagi saya tidak perlu dijawab.

"Erm, memang saya suka jenis yang macam ini."

Sikap Umat Kita

Di zaman fesyen bohsia bohjan dijaja, akhlak lumat entah kemana, saya merasakan sesuatu telah hilang dalam diri kita. Sesuatu yang hilang itu yang pernah berlaku pada umat terdahulu; yang menyebabkan kita kehilangan zaman-zaman indah kegemilangan Tamadun Islam.

Apa yang Hilang?

Izzatul islam. Perasaan bangga dengan Islam. Saya percaya umat kita sudah hilang perasaan bangga sebagai seorang Muslim. Mana tidaknya, kita sendiri yang merasa malu apabila berpakaian mengikut syariat, apabila tidak berhias, berdandan dan tidak mengikut trend fesyen.

Seolah-olah Muslim yang mengikut syariat tergolong dalam golongan yang terasing jika berpakaian menutup aurat kerana kebanyakan manusia berfesyen dengan fesyen dedah-dedah.

Ada satu lagi cerita. Harap siapa yang sudi membaca tidak jemu.

Saya berasal dari sebuah sekolah biasa, maka adab dan sosial pelajar-pelajar juga biasa-biasa sahaja. Apabila saya dan kawan bertudung jenis kain akel, saya dan teman baik dipanggil ustazah. Tinggi sungguh penghargaan yang diberi pada kami.

Suatu hari, kawan saya memakai tudung labuh. Usai solat Isyak di surau sekolah, dia keluar. Merah padam mukanya apabila memasuki kelas gara-gara semua mata memerhatinya dari surau sehingga ke kelas. Terpaksalah dia menyorok seketika di dalam tandas.

Saya tahu, barangkali kamu terlupa sekali-sekala untuk memakai lengan panjang, terlupa untuk menutup rambutmu yang ikal mayang, terlupa untuk memakai seluar di bawah paras lutut dan seribu satu lagi kelupaanmu.

Tapi kamu jangan lupa, malaikat yang mencatat amalanmu di kiri dan kanan tidak pernah lupa untuk menulis amalanmu. Dan yang paling kamu tak boleh lupa, Pencipta kita sentiasa memerhatikan kita. Maha Suci Allah dari sifat hamba-Nya yang pelupa. Kalau hari-hari lupa, sampai bila kesudahannya?

Barangkali juga kamu tahu menutup aurat penuh itu wajib. Cuma kamu masih belum kuat untuk berubah. Kamu tahu, memakai tudung perlu menutup dada, memakai baju jangan yang ketat-ketat dan nipis, apabila berhias biarlah berpada-pada.

Tetapi kamu jangan lupa, kekuatan itu datangnya dari iman. Dan iman itu datangnya dengan keyakinanmu pada janji Tuhan. Apa kamu sudah lupa mengapa Allah memberi arahan sedemikian?

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nur :31).

Maka saya membuat kesimpulan peribadi. Kebanyakan kita berpakai mengikut undang-undang budaya bukan syariat lagi. Kalau tidak, mana lahirnya golongan pakai jubah tapi tak bertudung, apabila bertudung pula, baju hampir-hampir tanpa lengan, kain pula terbelah depan belakang?

Kalau lelaki pula, seluar ketat-ketat, seluar singkat-singkat. Mungkin begini, lahir-lahir ibu bapa pakai begitu, maka anak-anak juga mengikut apa yang dipakai ibu bapa. Kita pakai ikut budaya tanpa tahu dalilnya?

Prejudis Terhadap Umat Sendiri

Seringkali bila memikirkan masalah umat, saya hairan, mengapa umat Islam lewat zaman ini bersikap prejudis terhadap saudara sendiri? Mengapa apabila ada yang cuba-cuba "berhijrah" ke arah yang lebih baik, akan ada nada-nada sumbang di belakang yang memandang serong?

Bukannya mahu diambil yang jernih dibuang yang keruh. Apatah lagi memberi sokongan, tapi ia dipulaukan pula semata-mata kerana mentaati perintah Allah. Masya-Allah saudaraku, cepat-cepatlah hisab diri!

Sabda Nabi Junjungan

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasululah saw. ,"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing." -H.R. Muslim

Lihatlah saudaraku, Islam kembali asing di akhir zaman ini dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Kita sendiri yang merasa ganjil dan pelik tatkala melihat orang Islam yang iltizam dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.

Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang normal di kalangan mereka.

Dan begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api." H.R. Tirmizi

Di zaman yang sangat mencabar ini, sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran Islam terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat hebat. Kalau tidak bersungguh-sungguh, nescaya Islam terlepas dari genggamannya.

Kerana apa? Kerana umat Islam sendiri tidak membantu untuk dia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang menyebabkan kefasiqan. Jadi kesimpulannya, orang Islam tersepit dalam melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan.

Lecehnya Islam

Ada yang mempersoalkan, kenapalah perempuan diperintahkan menutup aurat hampir keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan? Kenapa lelaki tidak?

Jawapannya pada saya mudah. Kerana yang Allah perintahkan untuk kita tutup itu adalah yang indah-indah belaka. Tanpa perlu lagi dikiaskan dengan analogi palsu yang sudah dihadam oleh kita (analogi permata dalam bungkusan), kita pasti faham. Buktikan pada saya, dimana perempuan tidak cantik?

Tiada.

Tapi lelaki, diberatkan pula dengan amanah dan tanggungjawab. Menjadi lelaki bagi saya umpama bakal memikul sebeban gunung. Mana tidaknya, kalau sudah berkahwin, keluarga sendiri perlu dijaga, ibu dan ayah perlu diutama, anak isteri juga dipikul dosa, nafkah pula perlu diusaha, bukankah itu amanah besar dari Tuhan?

Saya menulis ikhlas dari hati. Untuk kakak, adik, ibu, ayah, abang, kawan, teman, dan Muslim semuanya. Semua ini tanda kasih dan sayang bersama. Kerana saya tahu, syurga dicipta untuk semua hambanya. Maka,saya mahu masuk bersama kalian. Sungguh, syurga itu mahal nilainya, dan jalan menujunya tidak semudah yang kita sangka. Maka, berubahlah dari sekarang.

Yang lebih menakutkan apabila direnungi hadis Nabi di bawah :

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda : "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

Marilah kita sama-sama berubah menuju ke jalan-Nya.

- Artikel iluvislam.com

Tuesday 28 June 2011

akal & hati


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa? 
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta? 
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

Monday 27 June 2011

mesyorat setan

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, dia berkata, “Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Al-Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk... sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita ke atas mereka akan terputus.”
  
 “Oleh itu, biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka, biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta.”
  
 “Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah,” kata Syaitan 
 
 “Lalaikan mereka dari berhubung dengan Tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari.”
  
 “Bagaimana caranya?” jerit para iblis. 
 
 “Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka,” jawabnya.
  
 “Pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangka waktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 – 7 hari seminggu, 10 – 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu.”
  
 
“Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja.”
 
 
 “Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau kaset sewaktu memandu, biarkan TV, VCD, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan muzik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah.”
  
 “Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma dan impian palsu.”
  
 “Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuas hati dengan isteri-isteri mereka.”
  
 “Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka, suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan keluarga mereka dengan pantas.”
  
 “Gembar-gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya.”
  
 “Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi. Buatlah sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang.”
  
 “Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!” 
 
 “Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai.”
  
 “Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kudrat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi.”
  
 “Pasti berhasil! Pasti berhasil!” Bukan calang-calang perancangan ini! 
 
 Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam. Rasa saya, persoalannya di sini,
  
 “Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?” 
 
 ~ Hakimilah sendiri! Adakah sibuk (BUSY) bermakna : 
 B-eing U-nder S-atan’s Y-oke? – Berada di bawah telunjuk Syaitan?
 

http://www.facebook.com/pages/AKU-BENCI-DEDAH-AURAT-DI-LAMAN-SOSIAL/183651251682730

Sunday 26 June 2011

kisah 3 orang yang dihisab di Hadapan ALLAH..

 
“Manusia pertama yang akan dihukum pada hari kiamat ialah lelaki yangmati syahid.Dia dibawa dan diperkenalkan nikmat yang akan diperolehinya,maka dia mengenalinya.Allah berfirman kepadanya: Apakah yang kamu lakukan untuk mendapatkannya?Dia menjawab: Aku telah berjihad keranaMu sehinnga aku mati syahid.Allah berfirman:Kamu berbohong.Sebaliknya kamu berjihad untuk dikatakan sebagai seorang yang berani.Sesungguhnya kamu telah mendapati apa yang kamu ingini.Kemudian diperintahkan supaya diheret di atas mukanya sehingga dicampakkan ke dalam neraka.
 
Dan lelaki yang mempelajari ilmu dan mengajarnya serta membaca Al-Quran.Dia dibawa dan diperkenalkan nikmat yang akan diperolehinya,maka dia mengenalinya.Allah berfirman kepadanya:Apakah yang kamu lakukan untuk mendapatinya?Dia menjawab:Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarnya serta membaca Al-Quran kerana-Mu.Allah berfirman:Kamu berbohong.Sebaliknya kamu mempelajari ilmu untuk dikatakan sebagai seorang yang alim dan kamu mebaca Al-Quran supaya dikatakan sebagai seorang qari.Sesungguhnya kamu telah mendapati apa yang kamu ingini.Kemudian diperintahkan supaya diheret diatas mukanya sehingga dicampakkan di dalam neraka.
 
Dan lelaki yang dimurahkan rezeki dan dikurniakan berbagai-bagai kekayaan.Dia dibawa dan diperkenalkan nikmat yang akan diperolehinya, maka dia mengenalinya.Allah berfirman kepadanya:Apakah yang kamu lakukan untuk mendapatkannya?Dia menjawab:Aku tidak meninggalkan satu perkara pun yang kamu suka supaya dibelanjakan padanya kecuali aku belanjakan padanya kerana-Mu.Allah berfirman:Kamu berbohong.Sebaliknya kamu melakukan semua itu supaya kamu dikatakan sebagai seorang pemurah.Sesungguhnya kamu telah mendapati apa yang kamu ingini.Kemudian diperintahkan supaya diheret di atas mukanya sehingga dicampakkan ke dalam neraka.”
 
Dikeluarkan oleh Muslim(13/50-51)
 
 
 
Source : Perjalanan Hidup.

Saturday 25 June 2011

Cerpen: Kau Harus Ada.

by : hilal asyraf


Cerpen ini adalah salah satu daripada cerpen di dalam Kumpulan Cerpen Matahari. Sudahkah anda mendapatkannya?
Cerpen “Kau Harus Ada”
Dapat idea tak fasal-fasal.
Enjoy it!
:-)
(Edited version from 240311. Enjoy! -^__^- )
Cerpen: Kau Harus Ada.

“Awak, bangun awak.”
Suara itu menembusi kegelapan. Menarik aku dari kelamnya lena. Perlahan-lahan kubuka mata. Cahaya masuk, dan siling menjadi persembahan pertama.
“Urgh,” Aku mengesat mata, yang kurasa masih tidak hilang kantuknya. Terpisat-pisat. Berkelip beberapa kali.
“Mengantuk lagi?” Suara lembut itu menyapa lagi.
Aku menggeleng. Kemudian perlahan-lahan menumpukan pandanganku kepada yang bersuara.
Dia sedang memandangku dengan perihatin. Dan tiadalah wajahnya itu, melainkan menjemput senyuman hadir pada bibirku.
“Alhamdulillah,” Aku mengucap perlahan. Benar-benar rasa bersyukur dihidupkan. Dan amat bersyukur kerana Allah mewujudkan dia di sisi.
Dia turut tersenyum mekar.
“Ada setengah jam lagi sebelum Subuh. Sempatlah kalau nak qiamullail.” Telapak tangannya menyentuh pipiku. Aku mengangguk faham. Kemudian dia perlahan-lahan turun dari katil.
Aku menolak katil untuk menukar posisi, dari berbaring kepada duduk bersila. Sekadar memandang dia yang berjalan menjauhi katil, kemudian menghilang di balik bilik air.
Senyumanku belum pudar.
Puas hati bangunku hari ini. Seperti juga hari-hari sebelumnya semenjak wujudnya dia. Hatiku lapang. Jiwaku kembang. Bahagia. Dan bahagia ini, sukar sungguh untuk terluput, semenjak hadirnya dia.
Sebentar aku jadi teringat hari-hari lalu. Hari-hari yang sunyi itu. Hari-hari yang perit itu. Hari-hari yang penuh derita dan disulami pelbagai cabaran yang menduga. Bukanlah kini semua itu telah pergi. Tetapi seakan-akan semuanya menjadi ringan dan aku menjadi lebih kuat untuk menempuhnya.
Aku menunduk dengan senyumanku, menggeleng sendiri.
Benar sangkaanku, dia harus ada.
“Alhamdulillah ya Rabb, Alhamdulillah.” Dan syukurku bukan sekadar kata. Segera aku bangun, menuju ke bilik air di luar kamar. Membersihkan diri, siap mengambil peluang qiam yang masih berbaki. Biar syukurku wujud dalam amalan juga.

******

Suasana halaman yang indah mengisi keadaan. Angin pagi sepoi-sepoi bahasa dengan hawa yang sederhana membuatkan diri terasa damai. Antara kegemaran kami berdua, sarapan di halaman rumah kala hening pagi sebelum aku pergi mencari rezeki.
“Apa senyum-senyum?” Tiba-tiba suaranya mengoyak lamunanku.
Aku mengangkat kening. Tanda tanya. Tak faham mengapa aku ditanya.
“Ya la, ada apa-apa ke? Atau muka saya ada masalah?” Dia mengesat pipi dengan belakang tangan yang sedang memegang garfu.
Aku tertawa. “Mana ada apa-apa pada muka awak. Saya sahaja nak senyum. Tak boleh?”
Dia tersenyum sama. “Senyum tak mengapa. Tapi senyum sambil tenung saya lama-lama tu yang buat saya tertanya-tanya. Tak sedap ke Mee Goreng saya masak?”
The Best in The World. Sama level dengan Ummi dan Ibu masak.”
“Habis tu, senyum-senyum kenapa?”
Aku dengan senyuman yang tidak lekang, menggeleng senang.
“Senyum, sebab awak ada di hadapan saya, sarapan dengan saya.”
Spontan wajahnya merah. “Hish, ingatkan apa tadi.” Terus dia kembali menumpukan perhatian kepada Mee Goreng di atas pinggan.
Aku juga menyambung makan. Sengaja mengekspresikan rasa hati. Kerna aku memang benar-benar rasa beruntung dengan keberadaannya di sisi. Aku tidak dapat membayangkan betapa aku sedang melalui hari-hari ini. Hari yang aku fikir tidak akan tiba buat diri.
“Awak, sibuk tak hujung minggu ni?” Soalan itu muncul saat aku selesai dengan suapan terakhir.
“Kenapa?” Garfu dan sudu kuletakkan saling menyebelah di tengah pinggan yang licin.
“Sibuk tak?” Dia mengerutkan dahinya sedikit. Seakan hendak kujawab juga jawapannya.
“Kalau sibuk kenapa?”
“Kalau sibuk, saya tak nak lah cakap.” Dia menundukkan wajahnya, sambil garfu menolak masuk baki mee goreng ke dalam sudu, kemudian terus membawanya ke dalam mulut.
“Kalau macam itu, tak sibuklah.” Aku mengesat kawasan sekitar mulut dengan tisu, sambil kekal tersenyum. Wajahnya tidak kulepaskan. Walaupun mungkin matahari naik yang boleh kuperhatikan ketika ini indah. Kerna padaku, tiada makhluk ciptaan Allah yang lebih indah dari apa yang ada di hadapanku kini.
Dia mencemikkan muka, sambil meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan . “Saya tak nak sampai ganggu schedule awaklah. Saya tahulah awak sibuk.”
Aku menggeleng. “I’ll manage. Apa yang awak nak cakap sebenarnya?”
“Er…” Teragak-agak. “Keluar jalan-jalan jom?” Wajahnya seakan amat berhati-hati bila melafazkan soalan.
Tawaku muncul lagi. Geli hati melihat wajahnya. Dan tersentuh dengan ajakannya. Aku faham maksud ajakan itu.
“Ada kerja sebenarnya…”
Wajah cerianya hilang sebentar. Aku sudah agak.
“…Tetapi i’ll try to finish it before this weekend. So that we can go jalan-jalan. Dan…” Aku tepat memandangnya. Masih tidak melepaskannya. Dapat melihat yang dia sudah mula hendak tersenyum, tetapi berusaha menahannya.
“Dan…?” Senyumannya seakan terpecah sedikit, tetapi masih mencuba.
“Dan katalah kerja tak habis juga, still, kita akan keluar pergi jalan-jalan juga. Saya tahu, awak nak suruh saya sekali-sekala ambil angin kan?”
“Ha, tahu pun. Asyik kuat kerja sahaja. Kesian saya tengok.” Senyuman kembali menawan wajahnya.
Aku menggeleng senang melihat ulahnya. Aku tahu dia mengajakku berjalan itu bukan kerana dia yang inginkan. Tetapi kerana aku sibuk dengan timbunan kerja dan projek, hingga hampir tidak punya masa merehatkan tubuh dan minda ke mana-mana.
Aku bangun. Perlu segera untuk ke tempat kerja.
I’ll pick the place, boleh?” Pertanyaannya menyelit sebelum aku berdiri sempurna.
“Baik sayang. Saya setuju. You pick the place, okay?”
Dia mengangguk perlahan.
Segera kujinjit briefcase di tepi kerusi kayu tempat dudukku, kemudian perlahan-lahan bergerak ke arah kereta yang enjinnya telah siap kuhidupkan sebelum sarapan tadi. Aku memang telah siap dengan pakaian kerja setiap kali bersarapan pada hari-hari biasa. Memudahkan pergerakan dan menjimatkan masa.
“Awak,” Suaranya kedengaran, membuatkan aku menoleh.
Segera dicapainya tanganku, dan menundukkan kepala menciumnya.
Kembang jiwa. Perasaan ini, setiap kali hendak bekerja, seakan-akan pembekal kekuatan yang berganda-ganda. Subhanallah. Sungguh, aku amat-amat menghargai perasaan ini. Kalaulah perasaan ini satu makhluk yang boleh kupegang, pasti kusimpan di dalam balang. Kalaulah perasaan ini sesuatu yang boleh dipandang, sudah pasti kurakam biar boleh selalu diulang tayang.
Take care. Jumpa nanti petang.” Aku menyentuh pipinya lembut dengan telapak tanganku.
“InsyaAllah, awak take care juga.” Matanya mendamai jiwa.
“InsyaAllah.” Sambil masuk ke kereta.
Dengan lafaz bismillah, aku memutarkan stereng dan menekan pedal minyak, menggerakkan keretaku separuh bulatan mengikut ruang yang ada di hadapan rumahku, sebelum bergerak lurus keluar dari halaman rumah.
Sempat aku melihat cermin pandang belakang.
Dia melambai.
Aku tersenyum senang.

******

Bunyi alat penghawa dingin ruang tamu menyulam suaraku membaca Al-Quran. Sambil bersandar pada sofa, tidak jauh dari tempat solatku tadi, aku memegang Al-Quran sederhana besar dengan tangan kanan.
Senggang masa antara Maghrib dan Isya’, kuisi dengan rutinan harian. 10 muka surat paling kurang, sehari. Itu aku disiplinkan buat diri ini. Antara makanan jiwa yang baik adalah Kalamullah sendiri. Membaca Al-Quran, sambil mentadabburnya, akan membuatkan jiwa dekat dengan Allah SWT dan menyedari kebesaranNya, keberadaanNya, kasih sayangNya, dan kecintaanNya.
Tambahan, aku perlu menjaga seseorang sekarang. Bukan semata-mata diriku lagi. Maka Al-Quran adalah antara sumber tenaga wajib yang mesti aku ambil untuk mengisi kekuatanku setiap hari.
Perlahan-lahan, sambil mulut masih mengalunkan Surah At-Taubah kegemaranku, mataku melirik ke arah dia yang khusyuk membaca Al-Quran di tempat solatnya tadi.
Tiba-tiba dia bangun, bergerak mendekatiku, kemudian duduk di hadapanku.
“Awak, tasmi’ bacaan saya, boleh?” Sambil dia menghulurkan mushafnya kepadaku.
Aku melihat wajahnya, kemudian merayap kepada Al-Quran yang disuakan.
Hatiku kembang. Ini bukan pertama kali, tetapi setiap kali ini berulang, aku rasa lapang. Senang. Ketika itu juga senyumanku muncul.
“Awak ni, sikit-sikit senyum sahaja. Dari awal kahwin macam itu.” Dia mengerutkan dahi sedikit.
Senyumanku melebar. Sebelah tangan menutup mushaf yang ada padaku, sambil sebelah lagi menyambut Al-Quran di tangannya.
“Senang hati, kita senyumlah.” Aku menjawab dengan senyuman yang masih berbunga.
“Ya? Ke awak ada nampak apa-apa yang tak kena pada saya? Dari awal-awal lagi saya sebenarnya tertanya-tanya.” Dia berwajah penuh persoalan. Senyuman pada bibirnya beriak mencungkil jawapan.
Itu hanya membuatkan senyumanku memekar.
“Saya senyum, sebab saya nampak awak ada depan saya la.”
“Itu jawapan ke?”
“Ha, sekarang ni nak cungkil rahsia, atau nak saya tasmi’ hafazan awak?”
“Yalah, dia tak nak kongsi dengan kita. Simpanlah rahsia awak tu. Ha, tasmi’ ya? Hafazan plustajwid sekali tau. Check betul-betul.” Dia mendekatkan diri
“Baik, sayang.”
Suaranya mengambil alih ruang, bersulaman dengan bunyi penghawa dingin. Surah An-Nisa’ kedengaran menggetarkan gegendang telinga.
Aku menikmatinya. Dan rasa nikmat mendengar suara orang yang tercinta mengalunkan ayat-ayat Allah SWT itu membuatkan aku menutup mataku. Tidak menjadi masalah untuk memeriksa apa yang dibaca, memandangkan aku juga menghafalnya.
Sekali-sekala dia tersilap ayat, aku menegurnya. Adakala tajwidnya kurang tepat, aku membetulkannya.
Suasana ini, menyenangkan. Suasana ini, membahagiakan. Suasana ini, amat mengasyikkan.
Hinggalah dia menamatkan bacaannya. Aku membuka mataku semula. Memandang dia di hadapanku. Kalau bukan kerana aku tahu aku masih di dunia, aku sudah berkata bahawa aku sedang berada di dalam syurga.
“MasyaAllah,” Aku memuji Allah SWT. Apakah yang lebih indah dari yang aku sedang lalui ini?
“Banyak salahlah.” Dia bernada seperti kurang berpuas hati, sebelah tangan menggaru kepalanya yang aku yakin tidaklah gatal, sambil sebelah lagi mengambil semula mushafnya.
Still good lah. Boleh baiki dari masa ke semasa, insyaAllah.”
“Takut awak bosan tasmi’ saya selalu. Banyak salah, mesti bosan.”
Aku menggeleng. “Mana ada. Mana boleh bosan? Hidup kat dunia sekejap sahaja, kalau saya bosan dengan awak, habislah.”
“Kenapa? Apa kaitan dengan duduk dekat dunia?” Wajahnya kehairanan.
“Yalah. Sebab saya nak awak duduk dengan saya di syurga. Syurga selama-lamanya. Kalau di dunia yang sementara lagi sekejap ini saya dah bosan dengan awak, macam mana saya nak hidup selama-lamanya dengan awak di syurga?”
Ketika itu juga tawa kecilnya pecah. Tawanya kedengaran tulus muncul dari hati yang teramat senang. Segera diangkat tangannya yang tidak memegang mushaf untuk menutup sebahagian mulutnya. Adab orang yang ketawa agar nampak sopan.
Dan aku amat senang melihat kesenangannya. Ya Allah, kekalkanlah yang ini.
“Untunglah saya dapat suami macam awak.” Tangannya yang menutup mulut itu bergerak menepuk bahuku.
Aku menundukkan kepala sambil terus tersenyum. Tak berkata apa-apa. Tetapi di dalam hati, aku berbicara sendiri: “Saya yang untung, dapat isteri macam awak.”
“Awak,”
Aku mengangkat kepala memandangnya semula. Senyuman kini menggantikan tawanya tadi.
“Terima kasih sebab sudi tasmi’ saya.” Lembut dia bersuara.
“Sama-sama kasih. Esok, awak tasmi’ saya pula ya?” Aku angkat kening sebelah, seakan menggesanya berjanji.
Dia tersenyum, mengangguk. “Promise.”
Senyumanku jadi tidak pudar. Puas hati. Dengan nikmat tidak terhingga yang Allah berikan ini.
Dia harus ada.
Semestinya.

******
Aku memandang skrin 43 inci desktopku yang melekat pada dinding. Pelbagai kertas kerja tersusun di atas meja. Jari jemari mengetuk irama yang tidak berseni. Sepenuh tumpuan kukerah. Minda  kuperah.
Come on, come on. Di dalam hati aku menggesa biar idea berbuah.
Aku adalah seorang CEO. CEO kepada syarikatku sendiri. Syarikat Awan Keimanan Sdn Bhd. Walaupun usiaku baru sahaja menjejak 23 tahun, Syarikat Awan Keimanan Sdn Bhd telah menjadi antara syarikat yang terkenal di Malaysia.
Menjejak umur 18 tahun, aku memulakan satu projek penulisan di alam maya. Lama-kelamaan, penulisanku diikuti ramai. Hingga akhirnya, ada syarikat penerbitan yang singgah dan menawarkan aku menjadi penulis. Dari situ, lebih ramai orang mula mengenaliku.
Aku tidak menerima semua itu begitu sahaja. Aku yang sememangnya bercita-cita besar semenjak kecil, melihat bahawa itu adalah peluang yang Allah SWT supaya aku bergerak lebih jauh lagi dalam menyebar luas agamaNya. Maka terus aku merangka sebuah rancangan.
Aku terus merangka satu projek jangka panjang. Cita-citaku adalah, aku mahu mempunyai sebuah syarikat yang besar, yang menguruskan hal-hal konsultansi, memprodus majalah islami, novel-novel islami, buku-buku motivasi islami, komik-komik islami, sekaligus merekrut penulis-penulis dan pelukis-pelukis yang mempunyai syakhsiah serta kefahaman islami. Tidak cukup dengan itu, kurangka juga agar syarikat itu mampu mempunyai kumpulan nasyid sendiri. Dan untuk satu jangka masa yang lebih panjang, aku yang ketika itu baru berusia pertengahan 18 tahun telah merangka agar semua penulis dan pelukis, termasuk penasyid di bawah syarikat itu, akan mampu menjadi ikon masyarakat, sekaligus menjadi fasilitator dalam program-program motivasi yang dijalankan syarikat.
Aku masih ingat, sekumpulan besar manusia mentertawakan aku tatkala aku meluahkan idea ini. Semuanya berkata bahawa ini adalah mimpi. Tambahan, ketika itu usiaku belum pun memasuki 20-an. Belum lagi menggerakkan semua itu, aku sudah mula mendapat tohmahan seperti berlagak, ego, dan sebagainya kerana dikatakan lemas dalam populariti sendiri.
Aku tidak berputus asa. Tetap berusaha menjadikan semuanya realiti yang berjalan di atas dunia. Akhirnya, pada awal umurku 19 tahun, aku berjaya mengumpulkan sekumpulan manusia untuk bergerak bersamaku. Mereka ini kugelar ‘sahabat’. Bersama mereka, aku bergerak dengan lebih efisyen, proaktif.
Mengharungi semua itu dalam keadaan aku merentas perjalanan sebagai seorang pelajar di universiti bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tambahan aku belajar di luar negara. Saat rakan-rakan sebayaku sibuk dengan pelbagai ‘kenakalan remaja’, aku korbankan semua itu untuk fokus pada projekku ini. Saat rakan-rakan sebayaku sibuk bercakaran isu persatuan pelajar di tempat belajarku, aku sibukkan diriku pada projekku ini. Saat rakan-rakan sebayaku rakus merantau negara-negara berdekatan tempat belajarku, aku menghabiskan cutiku menyusun atur semua projekku.
Ketika itulah dugaan demi dugaan tiba. Cabaran yang banyaknya tidak terbilang. Aku mula melihat wajah sebenar kehidupan yang hakikatnya tidak senang. Beberapa kali usahaku seakan berhadapan kegagalan. Belum dikira waktu-waktu aku dicemuh dengan pelbagai tohmahan. Ujian demi ujian. Masalah pula bukan di sekitar projekku semata-mata, bahkan di sekitar kehidupan pelajar luar negaraku jua. Ada masalah dengan ahli rumah, ada masalah untuk studi dengan baik, kadangkala ada masalah kesihatan, dan belum lagi dibilang pula masalah-masalah mengekalkan hubungan baik dengan Tuhan.
Aku menempuh semuanya sendirian.
Aku punya beberapa sahabat karib, tetapi mereka tidak mampu menjadi peringan kekal buat kehidupanku. Allah izin, mereka bukan rakan serumahku, dan bukan juga rakan seuniversitiku. Sahabat-sahabatku ini, hanya kadangkala sahaja mampu menziarahiku, meluang masa bersamaku. Saat bersama mereka, aku kuat. Semasa berjauhan daripada mereka, aku sedikit lemah.
Yalah, aku bukannya malaikat.
Dan pernah, saat ujian-ujian berat menimpa dan aku tidak tertahan dengannya, aku menangis sendirian. Derita itu tidak akan pernah kulupakan.
Tidak akan sesekali aku melupakan.
“Ya Allah, idea, idea.” Aku melekapkan dahi ke atas meja. Dahi menyentuh kertas kerja. Baru aku perasan aku telah jauh mengelamun. Teringat pula betapa terseksanya hidup pada saat itu semua.
Tiba-tiba aku terasa rambutku diramas. “Kuatnya dia kerja.” Dan suara lembut itu membuatkan aku mengangkat kepala semula, dan terus mendongak ke arah dia yang kini berada di sisiku. Senyumannya menghiasi tubir pandanganku.
“Nescafe?” Dia menghulurkan cawan dengan tangan kanan, sambil tangan kirinya kekal di rambutku.
Aku yang tadinya berkerut dahi menanti idea menghadirkan diri, ditambah dengan kenangan-kenangan pahit, tersenyum senang. Kusambut cawan itu dengan cermat, perlahan-lahan menghirupnya.
Ya Allah, seakan bebanan tadi terangkat begitu sahaja. Seakan-akan keperitan lalu itu langsung tidak pernah wujud.
“Projek baru?” Dia menyoal. Kini dia berada di belakang kerusiku. Dapat kurasa nafasnya menyentuh leherku. Walaupun mataku kini tertumpu pada skrin, aku dapat mengagak bahawa dia juga sedang memandang perkara yang sama. Aku mengangguk, sambil nescafe sekali lagi kuhirup.
“Awak ni, dari dulu lagi buat benda macam ini ya?”
“Em. Tapi dulu taklah se’havoc’ macam ini. Dulu kecil-kecilan sahaja. Sekarang betul-betul terjun jadi mainstream. Studi dah habis. So, benda ni la yang saya fokuskan habis-habisan.” Aku memberitahu.
“Yalah, siapa sangka awak boleh sampai macam hari ini. Tapi mesti ada bayarannya kan untuk capai apa yang awak capai hari ini?”
Aku mengangguk lagi. Kata-katanya membuatkan aku teringat kenanganku tadi. Baru sahaja teringat.
Kini, semua yang aku rangka itu telah menjadi realiti. Bahkan, dengan izin Allah SWT, semua itu menjadi realiti sebelum waktu yang aku jangkakan. Ada beberapa perkara tidak terjangka berlaku, mempermudahkan perjalananku. Walaupun selama ini menguruskannya di luar negara, tetapi sahabat-sahabatku yang bersama dalam projek ini menggerakkannya dengan penuh komited. Hingga apabila aku pulang, aku seakan-akan pulang untuk menuai hasilnya.
Sekarang aku tidak lagi menulis di bawah syarikat orang lain. Aku menulis di bawah syarikatku sendiri. Syarikatku menjadi penerbit buku-buku motivasi islami, novel-novel islami, komik-komik islami dan juga majalah islami. Penulis-penulis dan pelukis syarikatku terdiri daripada mereka yang amat berbakat, dan mempunyai satu matlamat yang sama denganku – ingin membawa manusia kembali menjadi hamba Allah SWT. Dan mereka ini telah menjalani kursus di bawah syarikatku, agar idea mereka lebih dinamik, terkehadapan, dan tidak sama seperti penulis kebanyakan. Wujud tamayyuz yang tersendiri, agar terbina satu arus yang amat kukuh tanpa mampu ditandingi.
Juga, kami baru sahaja mendapat kumpulan nasyid kami sendiri. Firwan namanya. Merupakan junior-junior sekolah menengahku. Mendengar pembentanganku, mereka berminat untuk menjadi kumpulan nasyid di bawah syarikatku. Kini mereka sedang meningkat naik dan diterima ramai.
Program-program motivasi di bawah syarikatku turut mendapat sambutan hangat. Aku juga telah berjaya menubuhkan Kelab Awan Keimanan, yang mempunyai ahli dalam bilangan melebihi ribuan. Angka-angka visitors di laman mayaku selama ini telah berjaya direalitikan.
Kini, aku sedang merangka projek untuk meluaskan lagi syarikatku agar mampu menembusi medan baru. Mereka filem, drama, dan animasi islami. Untuk benar-benar membumikan satu rangkaian bisnes yang didominasi oleh manusia-manusia yang mempunyai fikrah islami. Sekaligus, menyebar luas amanah Allah, dan mengislah manusia-manusia di atas muka bumi.
“Semuanya dengan izin Allah SWT. Dengan doa-doa awak juga.” Aku cuba memandangnya, tetapi leherku tidak sampai. Dia perlahan-lahan memanjangkan lehernya, biar kepalanya di sisiku. Kemudian wajah kami bertentangan, dan dia tersenyum kepadaku.
“Kita baru jumpa tahun lepas ya. Sejak bila pula doa saya boleh masuk dalam saham ni?” Dia tertawa.
Aiseh. Kantoi terlebih gula.
Ya. Kami baru bertemu. Sedang sebelum ini tidak berkenalan pun.
“Tapi still, awak ada saham juga dalam semua ini.” Senyumanku terukir juga. Teringat lagi satu peristiwa, sambil wajahku kembali menghadap skrin.
Aku menghela nafas. Ketika ini aku rasa lapang yang teramat, dan kepalaku menjadi ringan. Tiba-tiba aku seakan terlihat sesuatu. Seakan-akan penghadang yang menyekat telah terangkat. Idea tiba!
“Ha, dapat idea la tu.” Dia bersuara. Mungkin melihat reaksiku yang segera. Tetapi aku tidak sempat hendak menjawabnya. Takut ideaku hilang begitu sahaja. Segera kuletakkan cawan di atas meja. Terus menekan-nekan papan kekunci, menaip idea-idea yang baru hadir daripada Ilahi.
“Alhamdulillah.” Aku melarikan cursor pada ikon disket biru. Bila selesai semuanya, dan melakukan pemeriksaan semula agar pasti yang projek tadi sudah tersimpan kemas, aku memusingkan kerusi.
Aku dapat melihat wajahnya yang dihiasi senyuman.
“Terima kasih, awak.”
“Hihi, apalah yang nak diterima kasihkannya kepada saya ni? Saya buat nescafe je pun.”
“Terima kasih sebab awak ada di sisi saya.”
“Ala, kut la sumbangkan idea ke, baru nampak macam saya ni berhak kepada terima kasih itu.”
Aku diam dan tidak lagi menyambung kata. Hanya senyumanku sahaja yang kekal pada muka. Aku tahu, kalau aku berbicara lagi, dia hanya tidak akan mengalah untuk merendahkan diri. Di dalam hati, aku berbicara sendiri: “Tapi betul, Allah berikan idea itu bila saya teringat sesuatu yang berkaitan dengan awak.”
“So, esok jadi ya?” Tiba-tiba dia bertanya, keluar dari topik ketika.
“Jalan-jalan?” Aku meneka. Sebab esok memang harinya.
“Em.” Dia mengangguk.
“InsyaAllah. Kerja dah selesai. Betul-betul free. Awak dah pilih tempat? Di mana?”
“Aaaaa, rahsia. Esok, awak ikut sahaja. Saya drive.” Dia mengenyitkan sebelah mata.
Tawa kecilku muncul melihat ulahnya. Macam-macam.

******

Unexpected.” Terlafaz keluar daripada bibirku.
Angin mendodoi damai tubuh. Dia yang setia di sisi memaut lenganku. Bunyi ombak menghiasi suasana.
“Ummi kata, awak dulu masa kecil-kecil paling suka pergi sini. Tapi lepas pindah, Ummi dan Abah tak pernah sempat bawa awak datang sini lagi. Kemudian awak besar, masuk asrama, Ummi Abah sibuk, tambah lepas itu awak pergi overseasthen awak sibuk dengan projek itu ini, sampailah sekalipun awak tak pernah dapat datang sini.”
Ini tempat di mana Abah selalu membawaku sewaktu kecilku dahulu. Dengan motor bujangnya, Abah akan membawaku mengambil angin di pantai ini dahulu. Keadaan di sini walaupun sudah berubah banyak, tetapi masih terdapat beberapa petanda bahawa inilah tempat yang menyimpan kenangan, sebelum aku membesar menjadi aku.
“Eh, awak tak suka ke?” Tiba-tiba pertanyaan itu menyentuh gegendangku. Membuatkan aku menoleh ke arahnya. Wajahnya seakan cemas.
“Kenapa tanya macam itu?” Aku kehairanan.
“Kenapa awak menangis?” Segera tangannya naik menyentuh pipi. Baru aku perasan, ada cecair yang mula menuruni. Baru aku sedar yang pandanganku kabur. MasyaAllah.
Aku terus duduk bersila di tempat aku berdiri. Tidak kuhirau pasir pantai mengotori jeans. Dia turut sama duduk di sisi.
“Awak tahu, bila akhir waktu saya ingat bahawa saya normal?”
Dia diam. Seakan memberi ruang aku menjawab sendiri persoalan itu. Sebab dia semestinya tidak tahu.
“Ketika saya terkenangkan Abah bawa saya ke pantai ini, ambil angin dengan motor bujang dia.” Aku menjawab persoalanku tadi.
Bau pantai ini, anginnya, suasananya, semuanya membuatkan aku seperti mampu melihat semula dengan jelas suasana indah itu.
“Saat saya berhempas pulas mengharungi hidup yang penuh dugaan dan cabaran, menggalas idea-idea yang bombastik, hidup tidak seperti orang lain, rasa-rasa bahawa diri itu amat terasing daripada kebiasaan orang lain, saya akan teringat suasana di tempat ini ketika Abah bawa saya ke mari dengan motor.”
“Jadi, sekarang awak terubat bila saya bawa ke mari?” Dia bertanya.
Aku menggeleng. Dan senyuman mengoyak bibir. Aku memandang dia yang berada di sisi.
“Saya sudah terselamat dari keterasingan itu, dari kelemahan itu, semenjak awak ada dalam kehidupan saya.”
Ikhlas. Jujur.
Aku pernah menyangka bahawa aku tidak akan bahagia sebenar-benarnya. Aku pernah menyangka bahawa satu waktu aku akan tewas bila kehabisan tenaga. Membawa sesuatu yang besar, hendak merealisasikan sesuatu yang semua orang kata mustahil untuk direalitikan pada usia muda, melawan arus kebiasaan dunia, dalam keadaan tidak pula ramai yang menyokong, aku fikir aku akan kehausan dan jatuh tak bermaya. Tinggal aku hanya percaya, bahawa Allah tidak akan meninggalkanku. Itu sahaja yang aku ada. Percaya. Dan aku sebenarnya menghitung hari, bilakah percayaku itu akan hilang akhirnya.
Tetapi sampai satu saat, dia muncul.
Hadir.
“Kenalkan, ini anak saya.” Doktor Umar memperkenalkan gadis manis bertudung labuh di sisinya.
                Aku terangkat kening. Kenapa pula dibawanya ke dinner ini? Aku bangkit mempersilakan mereka duduk. Menghormati. Doktor Umar adalah seorang doktor yang sering kujumpai apabila berhadapan dengan keserabutan hidupku. Aku adalah seorang yang amat menjaga diriku. Aku ada kerisauan bahawa aku akan menjadi gila sekiranya tidak betul-betul menjaga diriku dalam dugaan hidup yang menggila. Maka Doktor Umar adalah yang akan sentiasa memberikan nasihat, selain memeriksa kesihatanku.
                “Kahwinlah dengan dia.”
                Aku macam hendak tersembur air yang sedang kuhirup apabila mendengar kata-kata Doktor Umar. Serius?
                “Ubat untuk orang macam enta ni, kahwin. Tambahan, ana pun tengah cari seseorang untuk jadi suami anak ana ni. Umur muda lagi, tapi duk sibuk suruh ayah dia carikan seseorang. Nak kahwin awal.”
                Aku memandang perempuan di sisi Doktor Umar. Nama pun aku tak kenal. Kahwin?
                Perempuan itu menunduk sahaja.
                “Ana bukan nak promosi anak ana. Tapi ana rasa, dia harus ada di sisi enta. Untuk diri dia, dan untuk diri enta juga.” Doktor Umar tersenyum. “Enta pun tahu, ana kenal enta macam ayah enta kenal enta juga. Ana ayah enta juga kan?”
                Aku tersengih. Benar. Doktor Umar sangat baik denganku. Perlahan-lahan aku memandang perempuan itu semula.
                Hei, cakaplah something. Er.. takkan nak cakap camtu kut? Aku mati bicara.
                Tiba-tiba dia mengangkat wajahnya. Aku memandang betul-betul.
                “Kahwinlah dengan saya. Saya usaha buat awak bahagia, dan moga-moga Allah jadikan saya peringan beban kehidupan awak juga.” Bicaranya malu, tetapi ada keyakinan di dalam dirinya. “Ayah kenal awak dan selalu cerita fasal awak. Saya yakin, pilihan ayah tepat, insyaAllah.”
                Mataku membesar.
                MasyaAllah.
                Allahuakbar!
                Dan ekspresi wajahnya ketika itu, sampai bila-bila tidak akan mampu kulupakan.
                Dan lebih tidak mampu kulupakan adalah, perasaan hatiku ketika itu.
                “Kau harus ada di sisiku.”

Ketika itu jugalah segalanya seakan menjadi semakin ringan. Hatta makan juga bahagia. Bersembang juga bahagia. Segala-galanya bahagia. Hati sentiasa lapang. Jiwa sentiasa senang. Bahkan segala kesusahan dan kesukaran, semuanya seperti kapas yang berterbangan.
“Bila saya bangun pagi dan awak ada di sisi, saya ada perasaan yang tidak dapat digambarkan. Saya masih ingat hari-hari saya berhempas pulas mendisiplinkan diri agar menjaga Subuh dalam keadaan rakan-rakan serumah tidak berapa peduli. Awak di sisi membuatkan saya rasa selamat.”
Dia menunduk. Wajahnya mula memerah.
“Begitulah juga bila kita makan bersama, bila kita baca Al-Quran bersama, bila kita solat bersama, bila kita qiam bersama, bila kita pergi program-program bersama, saya rasa macam lebih sempurna, lebih kuat, lebih bertenaga. Saya tidak dapat gambarkan perasaan-perasaan pada semua keadaan itu. Awak seakan-akan saya punya guardian angel. Buat saya lebih bersemangat untuk tingkatkan diri, dan rasa tidak letih untuk berusaha lagi. Entahlah.” Aku meluahkan perasaan sebenarku.
Dia kembali menatap wajahku. Mata kami bertemu.
“Apatah lagi saat-saat yang saya sepatutnya tertekan dengan lambakan kerja, waktu-waktu saya tersekat daripada idea, dan awak ada di sisi, seakan-akan Allah memudahkan segala-gala. Saya macam terselamat.”
“Awak ni, lebih-lebih sangat gula ni.” Dia menyentuh kembali pipiku.
Aku memegang tangannya itu. Kemudian menggeleng perlahan.
“Sebab itu, saya sentiasa tersenyum.”
“Oh, itu jawapannya?”
Aku mengukir senyuman semanis mungkin.
“Sebab awak memang harus ada dalam kehidupan saya. Awak adalah kepingan yang menyempurnakan ‘puzzle’ kehidupan saya, yang selama ini saya tidak punya. Awak harus ada di sisi saya, berada di sebelah saya. Allah menjawab doa saya selama ini, dengan wujudnya awak di sini.”
Dia diam. Bunyi ombak mengisi suasana.
Sorry, speechless.” Dan akhirnya dia yang memecahkannya selepas beberapa ketika.
Aku tersenyum sahaja. Kemudian melepaskan pandangan ke horizon. Menikmati suasana.
By the way awak, saya ada sampaikan hadiah untuk awak sebenarnya.” Dia menyambung kata.
Aku memandangnya semula. Hadiah?
“Awak sahaja sudah cukup untuk saya. Apa perlunya hadiah? Awak hadiah terbesar Allah buat saya. Susah-susah sahaja.”
“Em, saya rasa, Allah just nak bagi awak hadiah berganda kut. Sebab hadiah yang ni pun bukan hak milik saya sebenarnya. Saya kan kata saya nak sampaikan sahaja.”
Aku mengerutkan dahi. Hadiah apa? Macam berbelit-belit pula penerangannya.
“Hadiah apa tu?”
Dia tersenyum. Perlahan-lahan tangannya membawa tanganku menyentuh perutnya.
“Saya mengandung, dua bulan.”
Mataku membesar.
“Mungkin Allah nak awak lebih bahagia dari bahagia yang awak dah rasa dengan kehadiran saya?” Dia angkat kening dua kali.
Aku segera merebahkan diri dalam posisi sujud kepada Allah SWT.
Menangis syukur.
Daripada dia, datang lagi hadiah daripadaNya.
MasyaAllah, MasyaAllah, MasyaAllah.
Ya Allah, bagaimanakah hambaMu ini mampu mendustakan nikmat-nikmatMu?
Sungguh kalau dihitung semua, tidak terkira harganya.
MasyaAllah.
******

Aku tidak pernah berada di syurga. Tetapi aku berada di dunia penuh pancaroba. Sedangkan Adam yang berada di tempat terindah ciptaan Tuhan memerlukan Hawwa, apatah lagi aku yang di tengah cabaran dunia yang menggila.
Aku tidak pernah berada di syurga. Tetapi aku berada di dunia yang penuh dengan duga. Sedangkan Adam juga gembira dan rasa sempurna tatkala Allah hadirkan untuknya Hawwa, apatah aku yang selama ini sendirian di tengah badai dunia.
Dia nyata harus ada di sisi. Kerna aku memerlukannya untuk menyempurnakan diri ini. Menemani. Buat aku terisi. Menguatkan aku.
Dan bersamaku bergerak ke arah Ilahi.