Wednesday 9 November 2011

love is cinta

Cinta
jangan sampai dikuasai
sehingga kehilangan hak diri dalam kehidupan…

Cinta
jangan sampai tiada dalam dirimu
sehingga tiada menghargai orang-orang di sekelilingmu…

Abu Talib amat cinta pada Nabi
namun cinta Abu Talib tiada dapat menguasai Nabi
Nabi tetap bertegas lantaran ia cahaya Allah
Nabi bersabda 
“wahai pamanku,jika mereka meletakkan matahari di kananku
bulan di kiriku, agar aku tinggalkan perjuangan ini,nescya tiada sekali- kali..”
ungkapan yang melemahkan pamannya
sehingga terpaksa mengalah
namun antara cinta keduanya tiada pernah pudar
namun berjalan di atas landasan yang hak
tiada dapat menguasai dan tiada dapat dijauhi…

Nabi mencintai para isterinya
isterinya amat mencintai Nabi
namun apabila para isteri Baginda berhimpun berbincang tuntutan dunia
Nabi memanggil semua isterinya
selepas sebulan berkhalwah
dengan sabdanya 
“aku adalah seorang Rasul,jika engkau mahukan harta,aku ceraikan kamu dengan baik..”
maka semua para ummu mukminin memilih Baginda dari harta tanpa ragu…

Cinta tiada dapat menguasai Baginda
cinta tiada dapat menjauhkan diri dengan Baginda
cinta Baginda pada Tuhannya
tiada dapat mengugah apa di sekelilingnya
malah segalanya tunduk dalam pancaran cinta Baginda pada Allah…

Cinta akan menyebabkan seorang itu menjadi hamba kepada yang dicintainya
justeru itu
berhati-hati dalam menyerahkan cinta
cinta boleh membawa kamu kepada makrifat
cinta boleh membawa kamu kepada syurga
cinta boleh membawa kepada kemuliaan
tapi
cinta juga boleh membawa kamu kepada alam yang rendah
cinta boleh membawa kamu kepada neraka
cinta boleh membawa kamu kepada kehinaan...

Berhati-hatilah wahai saudaraku
dalam menyerahkan sebuah cinta
berhati-hatilah wahai saudaraku
dalam membina cinta untuk kehidupanmu…

Nukilan: Walid Al-Malik

promosi

http://gedungSITIkhdijah.blogspot.com

jom buka...bantu usahawan islam!!!

Tuesday 8 November 2011

zabaniyah


sumber    >>>>>>>          http://wassimulrijal.blogspot.com/2010/03/malaikat-zabaniyahtentera-allah-yang.html

ZABANIYAH merupakan nama malaikat yang bertugas menyiksa orang-orang di neraka dalam ajaran agama Islam. Ia digambarkan dengan memiliki sosok yang sangat garang dan sadis, tidak mengenal ampun terhadap orang yang telah masuk kedalam perut neraka. Zabaniah berjumlah 19 malaikat sebagaimana jumlah huruf Basmallah dan mereka dipimpin oleh Malaikat Maalik.


Rasulullah Saw bersabda: Siapa yang ingin supaya Allah selamatkan dia dari penanganan Malaikat Zabaniyah yang berjumlah 19 orang (Malaikat penjaga Neraka), maka hendaklah membaca Bismillahirrahmanirrahim, niscaya Allah buatkan untuknya, dari setiap satu huruf itu sebuah Syurga.


Malaikat Zabaniyah mengambil ahli nerakanya dengan menggunakan tangan dan kakinya.Maka salah satu dari Malaikat Zabaniyah itu dapat mengambil 10,000 orang kafir dengan menggunakan satu tangan, dan 10,000 lagi dengan memakai tangan yang lain,dan 10,000 dengan menggunakan salah satu kakinya serta 10,000 lagi menggunakan kakinya yang lain, kemudian melemparkannya keneraka. Jadi 40,000 orang kafir itu dengan sekali ambil kerana di dalam diri Malaikat Zabaniyah memiliki kekuatan dan kemampuan yang luar biasa.


Penglihatan para malaikat itu bagaikan kilat yang menyambar, gigi mereka sepuh tanduk sapi, sedangkan bibir-bibir mereka menjulur sampai ketelapak kaki, kobaran api keluar dari mulut-mulut mereka, dan jarak antara kedua bahunya adalah sekitar perjalanan satu tahun. Allah tidak menjadikan dalam hati mereka rasa belas kasihan dan lemah lembut sebesar semut kecilpun. Salah seorang dari mereka ada yang menyelam dalam lautan api neraka selama 70 tahun tetapi api neraka itu tidak membahayakan atas dirinya, kerana cahaya dirinya itu dapat mengalahkan api neraka.


Betapa garang dan gagahnya malaikat zabaniyah sehinggakan api neraka amat takut kepada mereka.Malik merupakan ketua di neraka menunjukkan ia lebih garang daripada Zabaniyah.Ikutilah arahan Malik kepada api neraka yang amat tegas menjalankan perintah allah....

Malik: "Lemparkanlah mereka ke dalam api neraka,wahai zabaniyah".
lalu Malaikat Zabaniyah melemparkan mereka kedalam api neraka, mereka berteriak dengan mengucapkan: "Lailahaillallah." Akhirnya neraka itu mengembalikan mereka.

Malik:"Wahai api,kenapa kamu tidak membakar mereka?"

Api: "Bagaimana aku hendak membakar mereka, sedangkan mereka mengucapkan 'Lailahaillallah."

Malik:"Yang demikian itu adalah perintah Allah,maka kamu bakarlah mereka".
akhirnya api akur dan terus membakar mereka.Api membakar mereka bermula daripada kaki hingga ke atas.Apabila api mendekati wajah mereka...

Malik: "Jangan engkau bakar wajah mereka, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang bersujud dengan wajahnya kepada Dzat Yang Maha Penyayang, dan janganlah engkau bakar hati mereka, kerana hati itu adalah tempat tauhid, ma'rifat dan iman,akan tetapi mereka tetap tinggal di neraka."


ITULAH BALASAN ALLAH YANG PERLU KITA TAKUTKAN,
(TINDAKAN ZABANIYAH TERHADAP AHLI NERAKA)....

JADI,

MULIAKANLAH MUKAMU DAN HATIMU KEPADA ALLAH,
KERANA ITULAH YANG DITAKUTKAN OLEH API UNTUK DIBAKAR!!! ...


WALLAHU A'LAM...

<<<<<<<<>>>>>>>>>

takut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


10 JENIS KETAKUTAN
1. Takut mati sebelum sempat bertaubat
2. Takut istidraj dalam nikmat
3. Takut tidak beristiqamah dalam beramal
4. Takut kesudahan hidup yang buruk( mati dalam keadaan yg buruk)
5. Takut sakaratulmaut, dan yg berkatan denganna seperti azab kubur, soal jawab dalam kubur
6. Takut berdiri di padang Masyar
7. Takut Menyeberangi Sirat...

cerpen


Yang Pergi Itu "Jantung Hatiku"
« on: 26 October, 2010, 09:34:04 AM »
Assalammualaikum.
Tak tahu la saya betul atau tak tempat postkan cerita ni. Kalau salah harap maaf. Dapat dari email yang telah diforward...


------------------------------------

Jam direnung, "arghhhhh 3.17 minit pg!..kenapa susah sangat nak lelap ni." Ku cuba untuk pejamkan mata berkali-kali tapi hampa, malah mataku masih mampu dibuka seluas-luasnya.

Kenangan lampau diimbas, teringat diwaktu-waktu begini suatu masa dahulu, "kringg..kringg..kring.." panggilan ku sahut dalam keadaan sedar tidak sedar "sina..ayah lapar.." ku menjawab "arrr..ok" dalam keadaan mamai dan malas ku bangkit, masakan tidak, diwaktu sebegini orang lain enak dibuai mimpi kita dikejut. Bergerak perlahan membuka pintu lantas menuju ke bilik ayah.

Ku lihat ayah sedang terbaring sambil menggosok-gosok dadanya yang mungkin dalam keadaan tidak selesa. Lembut ayah menyapa "ayah mintak maaf kejutkan sina..ayah lapar" aku kaget menerima sapaan berbentuk kemaafan begitu. "Tersentuh" hanya itu ungkapan yang dapat ku gambarkan perasaan ku ketika itu. Lantas ku menjawab ringkas"takpa" tanpa disedari air mata mula bergenang sambil membancuh susu untuk ayahku. Selesai membancuh, ku bangunkan ayahku yang tadinya terbaring lantas ku hulurkan susu yang siap dibancuh tadi. Teguk demi teguk air itu sampai ke titisan akhir. Ayah menyerahkan semula gelas itu kepada ku. Ku bantu ayah untuk kembali baring. Seperti kebiasaanya, selepas minum, akan ku sapukan sedikit veselin ke bibir ayahku yang sudah kering itu, lantas ku bangun dan bergerak terus kebilik tidur untuk menyambung tidurku.

------------------------------------------

"..huhhhhh.." air mata mula bergenang. Ku terus mengimbas kenangan lalu...

Teringat suatu masa, saat saudara-mara ku berkumpul dirumahku untuk melihat keadaan ayahku, sedikit sebanyak menghilangkan kebosanan dirumah. Hampir setahun kami tidak kemana-mana atau lebih jelas tidak keluar dari daerah atas faktor kesihatan ayah yang makin teruk. Saat itu tidak pernah terlintas untuk cuba memahami keadaan ayah tapi tidaklah merungut atau membuat perangai, cuma simpan dalam hati. Benar kata pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Ku tidak pernah melihat ayahku seperti seorang yang menderita sakit cancer paru-paru, mungkin kerna ayahku seorang yang kuat, sangat kuat melawan sakitnya sehinggakan pernah terdetik dihatiku yang ayahku tidak sakit. Ku berfikiran sakit yang kadang-kadang itu hanya dibuat-buat.


"MasyaAllah..." terdetik dihatiku betapa tidak berperikemanusiaanya aku terhadap ayah sendiri. Bila diimbas kembali, saat saudaramara bertandang, aku 100% melupakan ayahku yang sedang terbaring didalam bilik, yang tak mampu lagi bangun. Aku sibuk melayan tetamu, sibuk bersuka ria dengan mereka sampaikan tak terlintas langsung unutk melihat keadaan ayah ketika saat itu. "MasyaAllah berdosanya aku"

Ku terus hanyut dengan bayangan masa silam....

Sampai satu masa, ayahku dibawa ke hospital, dimasukkan air melalui saluran tiub. "MasyaAllah kuatnya ayahku saat itu" berkata ku dalam hati. Walau berada dihospital, dia masih kuat seperti tiada apa yang berlaku padanya. Seperti itu hanya satu rawatan biasa. Ayahku dimasukkan ke wad. Air glukos bertukar botol demi botol, selaps itu bergilir pula dengan memasukkan darah. Ayah ku terpaksa ditahan diwad tapi pada pukul 1 pagi, ayahku yang ditemani adikku menefon umiku menyatakan hasratnya yang ingin pulang ke rumah. Atas rasa bimbang sesuatu akan blaku, umi ku ringankan juga diri untuk mengambil ayahku dihospital ditemani kakakku. Sedangkan aku, aku dirumah enak dibuai mimpi."Allahuakbar.."...

Esokkannya aku diberitahu bahawa ayahku jatuh ketika ingin masuk ke dalam rumah tapi dia gagahkan juga untuk bangun. Aku duduk disamping ayah ku pagi itu, bila nampak ayahku mula terlelap, aku bersiap untuk pergi kerja tapi selepas bersiap kakakku meminta ku untuk mengambil cuti. Aku ambil cuti serta merta. Pada hari yang sama juga kami menerima panggilan dari pihak hospital dan diminta membawa ayahku kembali ke hospital. Kurang 24jam selepas ayahku dibawa ke hospital buat kali pertama dan kini telah dibawa kembali ke hospital dengan bantuan ambulance. Sejak hari itu ayahku terus ditahan di hospital.

"MasyaAllah..Ya Allah ampunkan dosaku Ya Allah.."

Aku seperti tidak percaya dengan kenyataan yang harus aku terima. Teresak-esak aku didalam kereta meratapi pemergian ayah tercinta. Ya! semuanya sekelip mata. Malam sebelum ayah menghembuskan nafas terakhir kami masih boleh bergurau. Malam itu ku pegang tangan ayah sambil membaca surah Yasin, ku kucup dahi ayah dua kali sebelum bgerak pulang ke rumah. Kini Ayah tiada lagi, dia menghembuskan nafas terakhir selepas seminggu di tahan di wad.

Dan kini, ku rindukan saat-saat ku dikejutkan awal pagi, saat-saat telefon ku berdering diantara 3-5pagi.

Kedengaran azan Subuh berkumandang..Ku lihat jam "..urmm..5.50pagi.." ku tarik nafas dalam-dalam menahan esakan. Walau ku tuliskan 1001 cerita tentang Ayah, walau ku tuliskan 1001 kesalahanku, kekesalanku, yang pasti, yang pergi tetap pergi dan takkan pernah kembali. Kehilanganya mengajarku erti menghargai..

Ku lantas bangun dan berwudhuk. Ku bertangkan sejadah dan khusyuk....Moga kesalahan yang menimbulkan kekesalan semalam takkan berlaku lagi dalam hidup ku hari ini, hari esok dan hari-hari akan datang.

Berikan aku petunjuk-Mu Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang lurus....

Monday 31 October 2011

[Cerpen] Saya Sudah Bertunang

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah. Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain. Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini. Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian. Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila. "Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?" Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..." "Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat." "Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan." Ibu angguk perlahan. Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah. Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului. "Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?" Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga. "Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama." Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi. "Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!" Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu. "Bila enti menikah?" Aku tiada jawapan khusus. "Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya. "Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah. "Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati. "Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..." Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu... "Usah berlebihan ya..." Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata. "Insyirah, jom makan!" Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman. "Tafaddal, ana puasa." Sahabiah juga semakin galak mengusik. "Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?" "Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi." Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja. ....................................... "innalillahi wainna ilaihi rajiun..." "Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar." "Ya Allah, tenangnya..." "Moga Allah memberkatinya...." Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri. Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku. Dalam sedar tidak sedar... Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu. "Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..." Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian... "Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?" Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh." "Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan. "Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..." Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'. "Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik." "Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..." Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu. "Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu." ** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.** ~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~ Insyirah Soleha, 19 Januari 2010 Baiti

0

Thursday 4 August 2011

How to Make : Thousand Island Dressing


Anda jemu dengan mayonaise biasa?
Try this!


Thousand Island Dressing Recipe


Prep Time: 5 minutes

Total Time: 5 minutes

Ingredients:

  • 1 pint mayonnaise
  • ½ cup chili sauce, cocktail sauce or ketchup
  • 1 Tbsp minced onion
  • 2 Tbsp minced green pepper
  • 2 Tbsp pimiento, drained and finely chopped
  • OPTIONAL: 1 large, hard-cooked egg, chopped

Preparation:

In a glass bowl, combine the mayonnaise and other ingredients. Chill.

Store unused portion in the refrigerator, where it should keep for a day or two.

Makes about 2 cups of dressing.

~anda boleh mengubah sedikit bahan2 dalam dressing ini mengikut cita rasa anda.boleh juga menggunakan lada benggala(capsicum),sos worchestire ~

~dressing ni sgt sedap dimakan bersama salad,nuggets,burger,sandwic dan sebagainya....SELAMAT MENCUBA!~



Monday 25 July 2011

7 Spiritual Productivity Habits to Develop this Ramadan




Praying the Sunnah Prayers before and/or after Prayer

I know it’s easier to just pray the obligatory prayers and rush out of the mosque, however, when we realise the rewards we’re missing from not praying these sunnah prayers, we won’t leave them. Over the years I learnt there’s only ONE way of getting yourself to pray these Sunnah prayers constantly: Get into the habit of praying them! Soon they’ll become part and parcel of your Salah.


Remembrance of Allah after Salah

Again, it’s easier to rush out of Salah to our busy lives, but honestly, how long does it take to recite the supplications after Salah? (answer: 5-7 minutes!). Nowadays you’ll find pocket notebooks/or phone applications with these supplications. Again, get into the habit of reciting them daily after each Salah and they’ll become part of your Salah experience.


Morning/Evening Remembrance of Allah (bacaan matsurat)

These are beautiful set of duas/remembrances from the Sunnah of Prophet Muhammad (Peace be upon him) which he used to say before sunrise and before sunset.

They are true stress relievers, and energy boosters, and never fail to make my day/evening feel blessed


Night Prayer

Alhamdulillah, during Ramadan we’ve the wonderful Taraweeh prayers to attend. These are of course part of the Night prayer or tahajjud of the Night. If you’re new to night prayer or don’t pray it constantly during the year, make sure you attend taraweeh prayers each and every night, and give yourself a ‘no-excuse’ policy. Continuing to pray them for the entire 30 days, will set you on better footing to continue with Night Prayer after Ramadan inshaAllah.


Duha Prayer

If you want a Muslim’s secret to a productive day, it’s these 2 rak’ahs, known as Duha prayer which you may pray at anytime between after sunrise all the way till before the sun reaches it’s zenith (around 30 minutes before Dhuhur). The reward of this prayer is similar to giving charity on behalf of every bone in your body, and the energy and buzz you feel during the day is amazing.


Supplications before you Sleep

You just had a long day, and you’re super tired. You climb into bed and you want to hit the sack… but wait! Before you do, can you give yourself just 10 more minutes to recite the supplications before sleep? That’s all. Try them and watch your yourself have the most beautiful sleep ever and waking up for Fajr easily inshaAllah


Reciting one hour of Quran each day
Notice: I said here recite one hour of Quran each day and not one juz’ or one surah. The amount of Quran you read here is not as important as the quality of your understanding. If you spend one hour reciting one verse but understand it fully, that’s more important and beneficial then reciting lots of Quran at break-neck speed and not understanding a word.


So there you go, 7 spiritually productive habits you can develop this Ramadan

starting TODAY!


Sumber : http://www.productiveramadan.com/7-spiritual-productivity-habits-to-develop-this-ramadan/

Friday 15 July 2011

Tuesday 5 July 2011

- Memori Dosa-

Bismillah al-Rahman al-Rahim

kadang kita terfikir dosa silam. dosa yang kita tak mampu tanggung. satu beban. dosa yang tak mampu untuk kita kongsikan. setiap hari teringat. setiap hari diri kita mengingatkannya.

ibarat satu bom jangka. tak mampu lari. tak mampu juga untuk sembunyi. kadang kita terfikir. kenapa ? kenapa? kita pujuk diri kita. kita bertaubat. kadang syaitan datang. berkata : buat lagi. esok boleh bertaubat.

manusia. saya. kamu. tak lari dari dosa. sekecil mana. sebesar mana. Allah masih ada. Allah yang tak pernah lupakan hamba-Nya. mencari kecintaan-Mu yang tak tergapai. kuatkan usaha. jangan putus asa. jika jatuh, bangun. jatuh lagi. kita bangun. sekiranya dalam peperiksaan kita mampu untuk buat yang terbaik. mengapa tidak pada taubat?


Rasulullah SAW bersabda: “Allah menulis pada atas arasy-Nya: Sesungguhnya rahmatku mendahului kemarahan-Ku” Riwayat Bukhari.

biarkan dosa itu menjadi satu batu loncatan untuk menjadikan hari yang mendatang lebih baik. menjadikan diri kita lebih baik. hati yang sudah bertompokkan titik hitam, bersihkan dengan amalan mulia. usaha. usaha.

Monday 4 July 2011

Sunday 3 July 2011

- Erti Hidup-

Bismillah al Rahman al Rahim


jauh kita dari Allah, maka jauhlah Allah dari kita. sedang kita asyik memikirkan dunia, kita jadi lupa pada akhirat. barangkali, orang alim itu selalu diperibahasakan sebagai individu yang selalu ingatkan Allah. namun, lupa, manusia itu ada turun naiknya iman.

sejauh mana kita menjaga hati, semakin dekat syaitan pada kita. matlamat syaitan selagi boleh menyemak, dia akan menyemak. samaklah diri kita. manusia tidak terlepas dari membuat dosa. dosa kecil mahupun dosa besar.

bertaubat. fahami konsep taubat. fikir guna akal. fikir guna iman. Allah sentiasa mengampuni hambaNya. lihat betapa sayangnya Dia pada manusia.

kadang kita terlalai. titik hitam. tapi. Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. pintu taubat yang hanya tertutup disaat kiamat sudah menjengah. jauhkah saya dari Allah?

kita tanya diri kita. berubah itu pasti. pintu berubahan yang sentiasa berevolusi. masa akan mengubahnya. lambat mahupun cepat saya pasti akan berubah.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

an-Naba’

Ketika dakwah Nabi Muhammad s.a.w. baru bermula, Allah SWT mendedahkan rahsia kehidupan sebenar yang telah disediakan untuk manusia. Kehidupan abadi selepas mati.

Sebelumnya manusia hidup merebut kenikmatan dunia dengan apa saja cara yang mereka suka tanpa ada batasan. Yang kaya dan berkuasa dipandang mulia. Orang yang miskin dan lemah menjadi hamba dan hidup kehinaan.

Pembunuhan kejam, penghinaan kepada bani insan adalah lumrah hidup manusia yang berkuasa. Memendam dendam, kebencian, kebengisan dan menunggu peluang membalas dendam adalah budaya semua manusia yang teraniaya.

Neraca pertimbangan mereka hanya terbatas kepada kehidupan dunia yang terlalu singkat, semasa usia masih muda dan bertenaga dan akan hilang lenyap apabila usia menjamah tua. Dalam sempadan masa yang sempit itu mereka bergelut, berebut menggunakan apa saja cara tanpa batasan.

Kejahilan manusia terhadap hakikat Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah dan kejahilan terhadap hakikat kehidupan sebenar menjadikan tamaddun manusia hancur. Mereka hidup dalam suasana penuh kebencian, sentiasa menaruh syak dan sangkan yang buruk antara satu sama lain. Hidup dengan penuh perasaan berdendam dan mereka akan berperang dengan sebab yang terlalu remeh. Pedang dan pemerintah kukubesi sahaja yang boleh mendisiplinkan mereka.

Kehidupan sebenar yang diciptakan oleh Allah Pencipta segala kewujudan adalah kehidupan abadi yang telah ditentukan waktunya.

Malangnya kekufuran yang menutup hati golongan kafir telah menghalang mereka daripada mempercayai perkhabaran Nabi s.a.w. mengenai hakikat kehidupan ini. Mereka lebih memilih kehidupan dunia yang penuh dengan tipu-helah ini, penuh dengan kesusahan hidup, penat dan lelah.

Berita mengenai hari kemusnahan dunia, hari dunia ini ditukarkan menjadi dunia baru yang abadi, hari manusia dibangkitkan semula selepas mati, hari manusia dikumpulkan di padang Mahsyar, hari semua amalan manusia di dunia fana ini dihitung dan semua perlakuan manusia ditimbang dan di mahkamahkan, hari manusia ditentukan kesudahannya sama ada ke syurga dengan penuh kenikmatan atau ke neraka dengan penuh keperitan segala-galanya ini dianggap oleh mereka bagai omongan kosong yang tidak ada nilai kebenaran sedikitpun.

Sebenarnya bukan mereka meragui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. tetapi sikap takabbur yang ada di dalam dada mereka telah menjadikan mereka menentang Islam.

Kisah-kisah benar yang bakal menemui setiap manusia ini dipersoalkan oleh golongan kafir Quraisy sebagai olok-olokan. Malah tidak sedikitpun timbul rasa bimbang dan gerun di dalam jiwa mereka.

Sungguh amat menghairankan terhadap sikap tolol dan dungu mereka yang tidak sedikitpun mengindahkan amaran Allah S.W.T sehinga Allah menempelak mereka .

Saturday 2 July 2011

news on lepak!!

assalamualaikum.. alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencoret di sini.... moga apa yang tercatat bakal memberi manfaat buat semua dan memprolehi redhaNya... insyaallah.. sama samalah kita istiqamah dalam mencari redhaNya.. wallhu'alam..

Friday 1 July 2011

islam is indah?

MISTERI KEAJAIBAN DUNIA MOHAMAD SODIKIN RAHMAN PUSTAKA AZHAR Petikan m/s 82-86 Allah berfirman :”Sunnguh telah dekat hari kiamat , dan bulan pun telah terbelah”. (Al Qamar :1)
 
 
 
Apakah kalian akan membenarkan ayat Al Quran ini yang menyebabkan masuk Islamnya pimpinan Hizb Islami Inggeris ?Di bawah adalah kisahnya.
 
 
 
Dalam wawancara di televisyen bersama pakar Geologi Muslim, Prof Dr. Zaghlul Al Najar, salah warga Inggeris mengajukan pertanyaan kepadanya ,
 
 
 
apakah ayat daripada surah Al Qamar di atas memiliki kandungan mukjizat secara ilmiah? Maka Prof Dr. Zaghlul Al Najar menjawabnya sebagai berikut:
 
 
 
Tentang ayat ini , saya akan menceritakan sebuah kisah .
 
 
 
Beberapa waktu lalu, saya mempersembahkan hal itu di University Cardif, Inggeris bagian Barat. Para peserta yang hadir bermacam macam , ada yang muslim dan ada juga yang bukan muslim. Salah satu tema diskusi waktu itu adalah mukjizat ilmiah daripada Al Quran .
 
 
 
Salah seorang pemuda muslim pun berdiri dan bertanya , wahai Tuan apakah menurut anda ayat berbunyi “Telah dekat hari kiamat dan bulan pun telah terbelah mengandungi mukjizat secara ilmiah?
 
 
 
Maka saya menjawabnya: Tidak , sebab kehebatan ilmiah diterangkan oleh ilmu pengetahuan , sedangkan mukjizat tidak boleh diterangkan ilmu pengetahuan, sebab ia tidak boleh menjangkaunya.
 
 
 
Dan tentang terbelahnya bulan, hai itu adalah mukjizat yang terjadi pada masa Rasul terakhir Muhammad s.a.w. sebagai pengesahan atas kenabian dan kerasulannya , sebagaimana nabi-nabi sebelumnya Dan mukjizat yang kelihatan, maka itu disaksikan dan dibenarkan oleh setiap orang yang melihatnya.
 
 
 
Andai hal itu tidak termaktub di dalam kitab Allah dan hadis hadis Rasulullah s.a.w. , maka tentulah kami para muslimin pada zaman ini tidak akan mengimani hal itu .Akan tetapi hal itu memang benar termaktub di dalam Al – Quran dan hadis hadis Rasulullah s.a.w. Dan memang Allah benar benar Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
 
 
 
Maka Prof Dr. Zaghul Al Najar pun mengutip sebuah kisah Rasulullah s.a.w membelahkan bulan. Kisah ini adalah sebelum hijrah dari Mekah ke Madinah .Orang musyrik berkata
 
 
 
”WAhai Muhammad , kalau engkau benar benar Nabi dan Rasul, cuba tunjjukkan kepada kami satu kehebatan yang bpleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu(dengan nada mengejek dan mengolok olok)? Rasulullah s.a.w. bertanya “Apa yang kalian inginkan?” Mereka menjawab “ Cuba belah bulan...”
 
 
 
Rasulullah pun berdiri dan terdiam , berdoa kepada Allah agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu Muhammad s.a.w agar mengarahkan telunjuknya ke bulan . Rasulullah s.a.w. pun mengarahkan telunjuknya ke bulan dan terbelahlah bulan itu dengan sebenar benarnya. Serta merta orang musyrik berkata ,”Muhammad , engkau benar benar telah menyihir kami”.
 
 
 
Kan teapi para ahli mengatakan bahawa sihir , memang benar boleh saja menyihirkan orang yang ada di samping akan tetapi tidak boleh menyihir orang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang akan pulang dari perjalanan.
 
 
 
Orang Quraisy pun bergegas menuju kota Mekkah menatikan orang baru pulang . Dan ketika dating rombongan yang pertama kali dari perjalanan ke Mekkah , orang mustik pun bertanya ? Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan? Mereka menjawab,” Ya, benar . Pada malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing bahagiannya kemudia bersatu kembali”.
 
 
 
Maka sebahagian mereka pun beriman , sebahagian lain tetap kafir.(ingkar). Oleh keran itu , Allah menurunkan ayatNya .”Sungguh , telah dekat hari kiamat,dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda tanda kebesaran Kami , mereka pun ingkar lagi berpaling seraya berkata”Ini adalah sihir yang terus menerus”’ dan mereka mendustakannya , bahkan mengikuti hawa nafsu mereka .
 
 
 
Dan setiap urusan benar benar telah tetap...(sampai akhir surat Al Qamar) Ini adlah kisag nyata, demikian kata Prof Dr. Zaghul Al Najar . Dan setelah selesai Prof Dr. Zaghul Al Najar selesai menyampaikan hadis Nabi s.a.w. tersebut, berdiri seorang muslim warga Inggeris dan memperkenalkan diri seraya berkata “ Aku Daud Musa Pitkthok , Ketua Al Hizb Al Islami Inggeris. ‘ Wahai Tuan, bolehkah aku menanmbahkan? Prof Dr. Zaghul Al Najar menjawab : :
 
 
 
Dipersilkan dengan senang hati.” Daud Musa Pithkok berkata,” Aku pernah menelit agama agama ( sebelum menjadi Islam) maka salah seorang mahasiswa muslim menunjukkan sebuah terjemahan makna makna Al Quran yang mulia, Maka aku pun berterima kasih kepadanya dan aku membawa terjemah itu pulang ke rumah . Dan ketika aku membaca buku buku terjemahan Al Quran itu di rumah , maka surah yang pertama aku buka ternyata Al Qamar .
 
 
 
Dan aku pun membacanya:”Telah dekat hari kiamat dan bulan pun telah terbelah...” Aku bergumam, “ Apkah kalimat ini masuk akal? Apakah mungkin bulan boleh terbelah kemudian bersatu kembali? Andai benar , kekuatan apa yang boleh melakukan hal itu? Maka , pun berhenti membaca ayat ayat selanjutnya dan aku menyibukkan diri dengan urusan kehidupan sehari hari . Akan tetapi Allah mana tahu tentang tingkat keikhlasan hamba Nya dalam pencarian kebenaran . Suatu hari aku duduk di depan tv .
 
 
 
Saat itu ada sebuah diskuasi antara tiga pakar ruang angkasa AS. Ketiga tiga pakar tersebut bercerita tentang dana yang begitu besar dalam rangka melakukan perjalanan ke angkasa , padahal saat yang sama dunia sedang mengalami masalah kelaparan , kemiskinan , sakit dan perselisihan.
 
 
 
Pengacara berkata , “ Andaikan dana itu digunkan untuk memakmurkan bumi , tentulah lebih banyak gunanya.”Ketiga tiga pakar itu pun membela diri dengan projeknya dan berkata ,” Projek ini akan membawa kesan yang sangat positif pada banyak segmen kehidupan manusia, baik pada segi kedoktoran , industri ataupun pertanian.
 
 
 
Jdi pembiayaan tersebut bukan hal yang sia sia , akan tetapi hal itu dalam rangka pengembangan kehidupan manusia. Dalam dikuasi tersebut dibahas tentang dibahas turunnya angkasawan hingga menjejakkan kakinya di bulan , di mana perjalanan ke bulan tersebut telah menhabiskan dana tidak kuarang dari 100 juta dollar .
 
 
 
Mendengar hal itu , pengacara terkejut dan berkata”kebodohan mcm apalagi ini . dana yang begitu besar dibuang oleh AS hanya untuk mendarat di bulan?”. Mereka pun menjawab,”Tidak! Tujuannya tidak semata menancapkan ilmu pengathuan AS di bulan, akan tetapi kami mempelajari kandungan yang ada di dalam bulan itu sendiri. Maka kami pun telah mendapat hakikat  tentang bulan itu , yang jika kita diberikan dana lebih dari 100 juta dollar untuk kesenangan manusia , maka kami tidak akan memberikan dana itu kepada sesiapun Mendengar hal itu , pengacara itu pun bertanya ,
 
 
 
“Hakikat apa yang kalian telah capai hingga demikian mahal pertaruhannya?” Merek menjawab,”Ternyata bulan pernah mengalami pembelahan pada suaut ketika dahulu kal, kemudian menyatu kembali! pPengacara pun bertanya ,
 
 
 
” Bagaiman kalian bolehyakin hal itu ?” Merek menjawab ,” Kami mendapati secara pasti dari batu batuan terpisah (kerana ) terpotong di permukaan bulan sampai (perut) bulan . kami meminta para pakar geologi untuk menlitinya  dan mereka mengatakan ,
 
 
 
”Hal ini tidak mungkin terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah dua lalu bersatu kembali!” Mendeb=ngar paparan itu ,ketua Al Hizb Al Islamy Inggeris mengatakan ,” Maka aku pun turun dari kerusi dan berkata , Mukjizat(kehebatan) benar benar telah terjadi pada Muhammad s.a.w. 1400 tahun lau . Allah benar benar telah mengolok olok As untuk mengeluarkan dana yang begitu besar , hingga 100 juta dollar , hanya untuk menetapkan akan kebenaran muslimin! Agama Islam ini tidak mungkin salah , Lalu aku pun kembali membuka Mushhaf Al Quran dan aku baca surat Al Qamar . Dan saat itu adalah awal aku menerima dan masuk Islam .
 
 
 
” Subhanallah........