Saturday 23 March 2013

LENSA 5


Rabbighfirli - Tuhanku, ampunilah aku
Warhamni - kasihi aku
Wajburni - cukupkan ku
Warfa'ni - tinggikan darjatku
Warzuqni - rezekikanku
Wahdini - tunjuki aku
Wa'afini - sihatkan aku
Wa'fuanni - maafkan aku

ps: imported model.. no komisyen ok :)

Monday 11 March 2013

Jom Kenali Sahabat Nabi :)

Assalamu'alaikum..
sahabat sekalian,
readers yang dihormati..
^^
Alhamdulillah, aku dihidupkan dengan nikmat Iman dan Islam.
JOM kenali sahabat-sahabat Rasulullah yang bersama-sama Baginda dalam Susah mahupun senang..
Terkorban dan berkorban dalam mempertahankan Aqidah dan Islam sehinggalah Islam tersebar diseluruh dunia.
Bersyukurlah akan Nikmat Iman dan Islam.
Ayuh! kita sambung mata rantai perjuangan Rasulullah dan Sahabat.


Jangan Terasa Masih Muda Untuk Bernikah



Dalam diri setiap manusia ada cinta. Malah dalam hati setiap manusia itu terpendamnya perasaan kasih dan sayang. Setiap perlakuan manusia adalah manifestasi dari cinta yang terpendam dalam hati. Dan secara tidak sedar sebenarnya naluri cinta adalah perkara utama yang menjadi faktor kepada setiap pekerjaan manusia sehari-harian. Perasaan ini memainkan peranan yang besar dalam perlakuan dan tingkah laku seseorang manusia.

Setiap manusia memerlukan cinta. cinta ibarat nyawa bagi sebuah kehidupan. Tanpa cinta, kehidupan terasa sempit, sengsara, malah seolah-olah sunyi dan tiada makna. Cinta yang terpendam dalam hati manusia tidak tegar untuk tetap terperunduk di dalam kamar hati. 

Cinta itu kebiasaannya ingin keluar melihat dunia nyata. Cinta ingin mengembara keluar melihat alam yang indah, mencari hakikat sebenar kebahagiaan. Cinta yang lama dipendam dalam hati hanya akan menyebabkan manusia itu sakit. Keperitan menahan cinta yang terpendam itu akan menyebabkan manusia hilang pertimbangan akal dan kewarasan pemikiran. Itulah sebabnya cinta memerlukan kebebasan untuk mengembara keluar, mencari tempat untuk bersandar...

Teruskan membaca di... --> sini =)

Monday 4 February 2013

How to Make : Brownies Coklat

Alhamdulillah bertemu kita lagi dalam ruangan "How to Make".Sekarang ni Bidadari Besi sedang bercuti semester sebelum menjengah ke semester akhir pengajian.Sementara ada di rumah ni, sempat la baking-baking semua ni.
Kali ini, saya ingin berkongsi resepi membuat brownies.
BROWNIES? Pe tu? Mesti soalan ini yang menjengah di fikiran bagi sesiapa yang baru pertama kali mendengar mengenainya.

Menurut Wikipedia,

chocolate brownie is a flat, baked square or bar developed in the United States at the end of the 19th century and popularized in both the U.S. and Canada during the first half of the 20th century. The brownie is a cross between a cake and a cookie in texture.Brownies come in a variety of forms. They are either fudgy or cakey, depending on their density, and they may include nuts, frosting,whipped creamchocolate chips, or other ingredients. A variation that is made with brown sugar and no chocolate is called ablondie.


Brownies yang akan saya kongsikan resepinya ini adalah Brownies Coklat.Siapa2 yang memang peminat coklat mesti suka punya la ! Saya dah cuba buat beberapa hari lepas,alhamdulillah memang sedappp!!! Umi dan adik2 sampai makan berulang-ulang.


How to Make : Brownies Coklat

Bahan-bahan :

3/4 cawan serbuk koko

1/2 sudu teh baking soda
2/3 cawan mentega/marjerin (dipotong dan dicairkan terlebih dahulu)
1/2 cawan air panas (yang baru dididihkan ye)

2 cawan gula (boleh dikurangkan kalau nak kurang manis)
2 biji telur
1-1/3 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam
1 cawan cip coklat

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven ke suhu 350 darjah Fahrenheit. Griskan loyang segi empat berukuran 13 x 9 x 2-inci. 
  2. Masukkan serbuk koko dan baking soda ke dalam sebuah mangkuk yang bersaiz besar. Kemudian kacau keduanya.Selepas itu, masukkan 1/3 cawan mentega.
  3. Tuangkan air panas.Teruskan mengacau adunan sehingga menjadi likat.
  4. Masukkan pula gula,telur dan 1/3 cawan mentega lagi. Kacau sehingga sebati.
  5. Selepas bahan2 tadi telah sebati, masukkan tepung,esen vanila dan garam.Kacau sehingga mesra.
  6. Jangan lupa  masukkan coklat cip coklat ye ! Kaup-balikkan bagi memastikan semua cip coklat disaluti adunan tadi.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  8. Bakar sehingga 30-35 minit atau sehingga brownies telah lekang daripada loyang.
  9. Sejukkan loyang di atas rak wayar.
  10. Potong brownies kepada bentuk segi empat sama.Lebih kurang 36 biji brownies boleh diperoleh dengan mengikut sukatan bahan-bahan di atas.
TADAA !!! Inilah hasilnya ...

Memang rupa brownies saya sejibik macam ni!!!
(Source : http://modernchivaree.blogspot.com/2010/10/on-brownies.html )


~SELAMAT MENCUBA ~!!!
xoxo,

bB


Thursday 10 January 2013

lensa 4

bismillah.. next lensa :)


nah gambar kat laman rumah..


just a simple short sentence from me..


keep calm when things go wrong.. keep saying in your heart that maybe Allah has a bigger plan than I had for myself for Allah is the best planner, right? 

remember in surah al-baqarah verse 152. Allah says in the Quran, "Remember Me. I shall remember you."

wah..speaking meaking pulak ya.. well, ada pengaruh dari blog matluthfi gitu (pulak dah).. hihi.. ok lah, time to say goodbye.. a big apologize for those yang rasa dah lama tak bertegur sapa even kat laman sosial ni kan.. hope, semuanya baik2 belaka.. jangan terlalu ambil pusing jika ada perkara yg keep you down.. keep trying to be in redha Allah, insyaAllah.. (masyaAllah.. salah seorang penyebab bahasa rojak ni..adeh)


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهَاYa Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari jiwa yang tidak pernah puas, juga dari doa yang tidak terkabul.”(H.R. Muslim, At-Tirmidzi, An-Nasa’i; hadis sahih)
jom..banyakkan istighfar dan doa.. ighfirli ya Rabb