Monday 24 December 2012

Pesanan buat Muslimah dari seorang Muslim :

by:fb srikandi2 islam
(Mujahidah Asrar)

Pesanan buat Muslimah dari seorang Muslim : 

Semenjak kebelakangan ini, dan mungkin dah bertahun ini, saya melihat wanita-wanita islam (bujang) Malaysia selalu buat promosi di FACEBOOK, tentang mencari pasangan dengan ayat berbunga2, merintih2, menyeru2, mendayu-dayu, memuja-muja, walau menggunakan Hadith rasulullah berkenaan cinta, dihuraikan pula dengan umpama lelaki yang sedang berKASANOVA.

Lebih menyedihkan mereka yang berminat berAYAT seperti itu adalah yang sopan santun, berpurdah, berjilbab labuh, menutup aurat dan lain-lain. Tidakkah anda berasa merendah martabat wanita? Kerana FB bukan tempatnya.

PERCAYALAH SESUNGGUHNYA IA MEMUALKAN BAGI LELAKI SOLEH, dan menaikkan syahwat bagi lelaki toleh/Mata keranjang,pemaksiat dan lain-lain. Maka kiranya FB tempat anda meluah dan mecari,nantikan pemangsa akan memakan anda, akan sukar mencari idaman calon syurga hanya menumpu di FB.

Kiranya anda (wanita Muslimah) ingin mencari teman, adalah baik bukan di FB,carilah lihatlah mereka di majlis2 ilmu, di masjid2, di pertubuhan bait muslim, di medan perjuangan atau lebih mudah dikata medan Islamik.

WAHAI WANITA ISLAM,JANGANLAH DIBUKA PEKUNG DIDADA MENJADI TONTONAN UMUM,JAGA MARUAH ISLAM DAN WANITA MUSLIMAH.

Saat ini bukan sesuai bermadah pujangga memuji-muji lelaki demi mencari calon hati. Saat ini adalah lebih baik bersama dengan perjuangan islam, FB boleh menjadi medan dakwah,seru ummah membantu islam di Palestin, Rohingya, Suria dan lain-lain bentuk seruan kepada jalan islam. FB bagi wanita muslimah bukan hanya tempat menulis hadith cinta atau meluah kemaruk kasih..

Fikir-fikirkan.. Wanita YANG SUKA BERKHAYAL,
hiduplah dalam realiti dan bukan fantasi, membuang masa berpujangga, menjumud fikiran dengan fikiran tertumpu dek khayal cinta, akan hidup tidak manfaat untuk ummah bahkan untuk diri sendiri jauh berada terkebelakang.Wanita muslimah JANGAN KETINGGALAN .

Thursday 20 December 2012

lepak lagi

assalamualaikum
alhamdulillah
hari ini diberi kesempatan
untuk update dunia lepak kita.....
apa khabar kalian?
apa khabar iman?
moga dalam rahmatnya sentiasa...
terdetik untuk berkongsi tentang sebuah kesibukan.
SIBUK
perkataan yang biasa - biasa aja...
biasa dengar
tetapi
SIBUK
ada 2 implikasinya
1)terlupa akan tanggungjawab sebenar sebagai hamba
2)tidak terleka dengan pekerjaan yang lalai
mana satu implikasi sibuk pada anda?
renung dan fikir
moga
SIBUK
yang dianugerah
mampu mendekatkan diri kita dengan Allah....
wassalam
jaga diri
jaga iman
:)
salam sayang dari saya

Saturday 1 December 2012

How To Make :Puding Roti Cip Coklat

Puding Roti Cip Coklat Bidadari Besi ~ ~ ~


Duration : 40 minit

Bahan-bahan :

250 gm roti (8 - 10 keping)
500 ml fresh milk
60 gm gula perang
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
100 gm cip coklat
2 sudu gula pasir - tabur atas puding  

Alatan :

Baking tin (loyang kek) berdiameter 23 cm @ 9 inch

Suhu oven : 170 degree Celcius

Cara-cara membuatnya :


  1. Panaskan oven terlebih dahulu
  2. Leser loyang dengan butter atau letakkan baking paper pada dasar loyang -mengelakkan puding melekat pada loyang bila dah masak nanti
  3. Potong roti kecil -kecil (saya potong setiap keping roti kepada 4 bahagian)
  4. Bakar roti dengan menggunakan toaster- supaya roti tidak terlalu lembik apabila direndam dalam susu nanti
  5. Susun roti dalam loyang dan tabur cip coklat.Lakukan langkah ini berselang-seli sehinggalah habis semua roti dan cip coklat digunakan
  6. Dalam satu mangkuk yang lain,pukul telur.Kemudian masukkan susu,gula perang dan esen vanila.Campurkan sehingga sebati
  7. Tuangkan campuran tersebut atas roti yang telah disusun dalam loyang tadi secara perlahan-lahan
  8. Tekan roti-roti tersebut sehingga roti-roti tersebut terendam semuanya
  9. Tabur gula pasir di atasnya
  10. Bakar dalam oven selama 20 minit.Kalau puding roti nampak xmasak lagi,tambahkan lagi masa pembakaran 5-10 minit.Jangan sampai hangus sudah....
TADAAAA!!!!!!!!!!









Thursday 22 November 2012

LENSA 3




malunya kita pada Allah.. sedang Allah menegur dalam ayat cintaNya dalam surah Al-An'am ayat 32.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau[468]. Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu mengerti?"

[468]. Maksudnya: kesenangan-kesenangan duniawi itu hanya sebentar dan tidak kekal. Janganlah orang terperdaya dengan kesenangan-kesenangan dunia, serta lalai dari memperhatikan urusan akhirat. 

apa tujuan hidup kita sebenar..?
muhasabah kembali.. kadangkala kita terlupa.. kita hanya hambaNya, yang tak punya apa-apa.. ada amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul.. meskipun sekadar mampumu..
ighfirli ya Rabb..

Aku malu berharap Engkau mengerti lagi
Atas kesalahan yang pernah aku perbuat 
Hati dan perasaanku mulai teruji
Selembut doa dalam hati Kau mengetahui

Kala panggilanMu
Ku mohon ampunilah aku

Aku bersujud
Aku berdoa
Hanyalah padaMu
Ya Tuhanku

Aku memohon keringanan hati
Menentukan pilihan menuju rahmatMu
Ya Tuhanku


> ini lagu Aku Bersujud by Acha dan Irwansyah :p

Tuesday 30 October 2012

IKUT JANGAN TAK IKUT!!!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

MAAF SUDAH LAMA TIDAK UPDATE POST DI SINI....

Bidadari Besi  ADA BLOG BARU....INSYA-ALLAH BLOG NI FULLY ENGLISH (SEDIKIT TUNGGANG TERBALIK LA ENGLISH NYA)

TUJUAN TULIS FULLY ENGLISH NI KALAU BOLEH NAK TINGKATKAN LAGI PENGUASAAN BAHASA INGGERIS.FEEL FREE TO FOLLOW AND COMMENT :)


IKUT JANGAN TAK IKUT !---->http://m-is-for-me.blogspot.com/


SNEAK PEAK SKITT....


I'LL DO IT MY WAY...

Saturday 20 October 2012

-TERKENANG DOSA SILAM-

Bismillah al Rahman al Rahim

sejauh mana kita bole lupakan dosa silam. belum mampu lagi setakat ini. setiap hari ada yang membuatkan kita teringat mahupun kita sendiri yang mengingatinya.

selalu berzikir. bertaubat.

LENSA 2


syukuri atas segala nikmatNya
tinggalkan lagu untuk dihayati bersama.. keep moving ya ^_^


Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cubaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada ertinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Sunday 14 October 2012

JANGAN BERHENTI UNTUK PENAT TERUSKAN PENAT SEHINGGA WAKTUNYA

Hati orang beriman ialah hati yang adil. Dalam hati itu terpahat satu hakikat: Dunia tempat penat, di akhirat tempat berehat!

DUNIA TEMPAT BERPENAT, DI AKHIRAT NANTI KITA BEREHAT- Pahrol Juoi

15OKT
Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini. Terimalah hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah yang mampu diubah, yang tidak mampu serahkan kepada Allah. Jika bahagia yang dicari, tetapi derita yang diberi… terimalah. Bahagialah dengan derita itu.
Manusia akan tersiksa oleh jangkaan dan harapannya. Allah ciptakan putaran hidup ini seumpama kitaran cuaca dan musim. Ada yang menikmati empat musim seperti Eropah. Ada yang kontang sepanjang masa umpama Sahara. Ada yang dingin memanjang seperti di  Antartika. Kita hamba… setelah berusaha sehabis daya, pasrah dan menyerahlah. Carilah R&R dalam kembara hidup ini, di sanalah tempat kita berehat seketika… sebelum berehat selama-lamanya! 
Jika ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini, terimalah hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan sempurna segala. Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu menahannya. Dalam setiap yang kita miliki, pasti ada jemu dan letihnya. Dalam setiap yang kita tidak miliki, pasti ada kesal dan sayunya. Jangan terlalu dalam segalanya. Jangan terlalu cinta, jangan terlalu benci. Jangan terlalu suka, jangan terlalu duka. Sederhana itulah yang selalu menyelamaktkan ‘hati’ kita.   
Tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Semakin kita terima hakikat ini, hidup kita akan menjadi semakin tenang. Jika tidak, kita akan sentiasa rasa arah, kecewa, dipersenda dan ditipu oleh manusia lain dan keadaan. Sebaliknya, apabila kita mula menerima hakikat dunia memang tidak adil, maka hidup kita kan menjadi lebih tenang dan harmoni.
Mengapa di dunia ini tidak ada kedailan yang mutlak? Yang baik, tidak semestinya mendapat ganjaran dan balasan yang baik. Manakala yang jahat, acap kali terlepas dan bebas? Ya, inilah kaedah Allah menguji manusia, agar terserlah siapa yang benar-benar ikhlas berbuat kepadaNya dan siapa pula yang benar-benar meninggalkan kejahatan kerana-Nya jua. Inilah ujian iman.
Menerusi pengajian tauhid, yakni dalam mengenal sifat-sifat Allah, memang kita telah sedia maklum bahawa Allah swt akan memberi dan menunjukkan sifat keadilan-Nya secara mutlak dan tuntas di akhirat nanti. Manakala, di dunia ini Allah tidak menunjukkan sifat keadilanNya secara sepenuh dan menyeluruh sebagai ujian kepada orang-orang yang beriman kepadaNya.
Lihat bagaimana nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS dan beberapa nabi yang lain telah dibunuh oleh musuh-musuh kebenaran. Sekiranya kita sebagai suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, pemimpin, pengikut… menerima layanan atau balasan yang tidak adil, biasalah. Inilah hakikat dan lumrah hidup yang mesti ditempuh. Jangan mencari yang ‘serba kena’ kerana hidup dipenuhi oleh resam yang ‘serba tidak kena’.
 Sekiranya kita berbuat baik kerana mengharapkan ganjaran, pembalasan dan ucapan terima kasih daripada manusia, tentu kita akan keewa kerana umumnya manusia memang tidak pandai berterima kasih apalagi untuk membalas budi. Memang, buat baik dibalas baik, tetapi bukan seua kebaikan dibalas di sini (dunia), ada yang Allah simpan di sana (akhirat).
Justeru, apabila Allah menyuruh manusia melakuan kebaikan atau meninggalkan kejahatan, Allah akan menyeru kepada manusia yang beriman dengan lafaz “Ya ayyuhal lazi na amanu – wahai orang yang beriman.” Begitu juga apabila Rasulullah saw menyeru untuk umatnya melakukan kebaikan, baginda sering memulakanya dengan berkata, “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah…”
Banyak hikmahnya mengapa Allah dan RasulNya berbuat demikian, salah satunya ialah untuk menunjukkan bahawa mereka yang mahu dan mampu melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dengan ikhlas, sabar dan istqamah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yakni, mereka yang yakin bahawa Allah Maha melihat akan perbuatan itu dan membalasnya dengan ganjaran atau seksa yang setimpal.
Allah memujuk, Nabi Muhammad dan orang-orang beriman dengan firmanNya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).”
Impak daripada itu, manusia yang beriman akan menghadapi hidup ini dengan lebih tenang. Tidak banyak merungut, merengus dan marah-marah. Jika madu dibalas tuba, mereka mampu sabar dan redha. Apabila mendapat ‘limau masam’, mereka akan segera membuat ‘air limau’. Makna, sekiranya apa yang mereka terima sebagai balasan, tidak seperti yang diharapkan dan dijangkakan, mereka tidak ‘memberontak’, sebaliknya mereka mengubah hati, fikiran dan perasaan mereka untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan baik.
Apabila inginkan kejayaan, tetapi sebaliknya kegagalan yang berlaku… mereka akan berkata, “Tidak mengapa, kegagalan adalah yuran kepada kejayaan, kegagalan adalah ‘kejayaan’ yang ditangguhkan. Orang berjaya lebih banyak merasai kegagalan daripada orang yang gagal.”
Mereka tidak mengutuk orang lain, keadaan, diri mereka sendiri apalagi mempersalahan Tuhan. Mereka tidak akan menyesal dan kesal terhadap apa yang berlaku sebaliknya mencari tapak dan semangat baru untuk berusaha dengan lebih baik. Lalu dalam kamus orang berjaya sering tertera pengukuhan kata-kata ini: Kegagalan adalah peluang untuk memulakan semua dengan lebih baik!”
Oang yang telah menerima hakikat dunia ini tidak adil, tidak akan bemusuh dengan dirinya sendiri. Dia tidak mendera dirinya dengan kejam. Mengapa aku bodoh sangat? Mengapa aku lurus bendul? Mengapa aku boleh tertipu? Ini bukan langkah muhasabah yang membangunkan jiwa yang proaktif, tetapi satu ‘self sabotaging habit’ yang menyebabkan dirinya menjadi pasif, pesimis atau murung. Kemudian keburukan dari dalam diri itu akan meletus keluar menjadikan dirinya sebagai ‘toxic people’ yang bersifat aggresif, bersangka buruk dan marah-marah kepada orang lain.
Dalam surah Al Fatehah, Allah menegaskan bahawa Dialah Raja pada Hari Akhirat. Kalimat ini kita ulang-ulang baca pada setiap hari tidak kurang 17 kali. Semuga makna atau kehendak daripada kalimat ini meresap dalam minda sedar dan separa sedar kita, bahawa Allah akan menunjukkan kebesaran sifat Malik-Nya di akhirat, yang pada waktu itu tidak akan ada siapa yang berani mengangkat muka atau berkata-kata.
Di dunia ini, penjahat atau pelaku kemungkaran masih boleh mendabik dada dan meninggikan suara, kerana kuasa yang sementara. Dengan kuasa itu mereka menipu, menindas dan menzalimi dengan pelbagai taktik dan cara. Namun di akhirat nanti, mereka akan kaku, kelu dan membisu apabila Allah menunjukkan kebesaran dan keadilanNya. Di sana nanti barulah kebaikan akan mendapat ganjaran… bukan setimpal tetapi digandakan. Di sana jualah nanti kejahatan akan mendapat balasan… yang pedih, perit dan berganda.
Allah yang Maha Adil tidak mencipta dunia ini dengan serba adil untuk menguji manusia sejauh mana iman mereka kepada sifat keadilanNya! Agar dengan itu orang yang beriman rela ‘disusahkan’ kerana Allah dalam usahanya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Agar dengan itu, orang beriman akan berkata pada hatinya, “ wahai Tuhan, aku rela menerima kesusahan yang sementara dan sedikit di dunia yang serba tidak adil ini demi mendapat kesenangan yang abadi dan lebih baik di akhirat nanti!”
Sampai ke takah ini, sekiranya hati masih bertanya, “mengapa dunia ini tidak adil?” Jawabnya, “kerana Allah yang Maha Adil ingin menunjukkan keadilanNya di akhirat.” Ya, keyakinan kepada Hari akhirat sangat penting semasa hidup di dunia. Meletakkan sesuatu itu pada tempatnya, itulah erti keadilan. Hati orang beriman ialah hati yang adil. Dalam hati itu terpahat satu hakikat:  Dunia tempat penat, di akhirat tempat berehat!
Ya, hidup selepas mati adalah tempat rehat daripada kepenatan daripada ujian hidup sebelum mati. Justeru, Rasulullah saw sendiri berdoa: ” Ya Allah, jadikanlah kematian tempat istirehat daripada segala keburukan dan kejahatan…”

Monday 8 October 2012

Kriteria Muslimat yang Dicari Muslimin

Hurm..mungkin entry ni jarang diperdebatkan. Mungkin jugak entry kali ni akan jadi panas.
manisnya...

1. Akhlak tak cantik tak mengapa asalkan cantik.
Pernah terdengar pendapat dari kalangan rijal yang mencari muslimat yang diletakkan kriteria cantik sebagai  keutamaan berbanding kriteria akhlak. Alasannya, muslimah yang cantik susah dicari, tapi jika akhlaknya kurang elok masih boleh dibentuk selepas nikah. Dapat bonus cantik dan akhlak baik. 

2. Rupa tak penting asalkan agamanya elok
Ada pula yang meletakkan kriteria 'comey' sebagai kriteria kedua. Yang utama dilihatnya adalah agama. Alasannya, kecantikan tidak berkekalan, tapi kalau akhlaknya elok maka manislah roman dan aura dirinya. Tapi kalau akhlak dah la tak elok, rupa pun tak elok, jadi apa bonus pun tarak dapat apa... 

lebih cantekk gini..

Pendapat ambo: Siapa yang tidak sukakan kecantikan dan keindahan? Bahkan Allah itu sendiri sukakan keindahan. Namun, bukankah cantik dan indah itu persoalan yang subjektif? Setiap orang melihat dengan perspektifnya sendiri.. 

~Pada pandangan sesetengah orang, cantiknya seseorang itu pada putih dan mulusnya kulitnya.
~Pada pandangan sesetengah orang, cantiknya seseorang itu pada kemerahan bibir mungilnya.
~Pada pandangan sesetengah orang, cantiknya seseorang itu pada mancungnya hidungnya terletak.
~Pada pandangan sesetengah orang, cantiknya seseorang itu pada sinar dan bermaya rambutnya.
~Pada pandangan sesetengah orang, cantiknya seseorang itu pada eloknya binaan figura tubuh.
~Pada pandangan sesetengah orang, cantiknya seseorang itu pada kulit hitam manisnya.
~Pada pandangan sesetengah orang, cantiknya seseorang itu pada jinjang lehernya.
~Pada pandangan sesetengah orang, cantiknya seseorang itu pada kecil hidungnya.
~Pada pandangan sesetengah orang, cantiknya seseorang itu pada penuh bibirnya.
~Pada pandangan sesetengah orang, cantiknya seseorang itu pada lemah-gemalai tuturnya.
~Pada pandangan sesetengah orang, cantiknya seseorang itu pada anggun dan karismatik personalitinya.
~Pada pandangan sesetengah orang, cantiknya seseorang itu pada baik dan murah hatinya.

Jadi, jangan salah pilih calon anda. Yang penting, calon yang manakah boleh membimbing kita mencapai redha Allah s.w.t.. Yang penting, calon manakah yang boleh kita bertaut tangan masuk ke pintu syurga..

Lensa Che Long: Apa pendapat anda wahai muslimah sekalian tak kira anda rasa anda cantik atau kurang cantik..


Monday 1 October 2012

Ciri Sahabat Yang Baik


Ciri Sahabat Yang Baik :-



1-Membetulkan kita apabila kita melakukan kesalahan baik kepada Allah ataupun sesama manusia.




2-Berdoa untuk kita samada doa itu diberitahu kepada kita ataupun secara rahsia.




3-Tidak melondehkan dan menelanjangkan aib sahabatnya di depan orang ramai.




4-Selalu berusaha mendahului dalam memberi kebaikan kepada kita tanpa berharap kita membalasnya.




*Kalau berjumpa sahabat begini, cepat-cepat pegang tangannya dan cakap, "Saya sayang awak kerana Allah." Jangan lepaskannya kerana dialah minyak wangi dalam perjalanan hidup kita...

copied from sahabat~

Monday 24 September 2012

Kenali TUHAN yang mengujimu!

kata-kata bijaksana, "andai limau itu masam, maka buatlah air limau"
mungkin terlalu tinggi hiperbola yang digunakan sehingga agak sukar untuk memahami frasa tersebut. Tapi begitulah yang dikatakan ujian ALLAH kepada kita. Instead of thinking "how do I react", how about ask yourself "how do I feel". Apa yang paling penting adalah rasa di dalam hati kata ustaz Pahrol Juoi. Suka saya mengingatkan diri saya dan saya ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat sekalian, Allah mengingatkan kita melalui sebuah hadis Qudsi: “Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).”

Bukan entry yang baru yang dipersembahkan, hanya mampu untuk berkongsi pena seorang hamba Allah yang bernama Pahrol Juoi.

KENALI TUHAN YANG MENGUJIMU!

Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.” Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik.
Yakinlah kita bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik – Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk manusia. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.
Dengan hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lail-lain. Nafsu terdesak, tak senang dan ingin lepas daripada ujian – ini membuka pintu rahmat Allah kerana nanfsu sangat mengajak pada kejahatan.
Melemahkan nafsu, hilangkan kekuatan, batalkan sifat-sifatnya. Bila nafsu lemah – manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa, maksiat – mengejar dunia hingga terlepas daripada keredhaan Allah.
Menimbulkan taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Benarlah, frman Allah yang bermaksud:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).
Menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”
Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah. Ia berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya dan dia berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.
Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.
Tapi bagi yang negatif, tak dapat lihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja. ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku).
Tiada jalan keluarkan melainkan lakukanlah tiga langkah ini:
  • Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi bala dan cubaan. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.
  • Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.
  • Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?
Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.
Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”



Friday 21 September 2012

rezeki aku

saya tolong post untuk khaulah al - azwar
by : 
CONTRIBUTOR
Khaulah Al-azwar
TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

LENSA 1


keep smiling.. teruskan langkahmu meski sesukar mana harimu.. moga ada jalan penyelesaian buatmu bila ketenangan menguasai hatimu..

Siapakah Wanita solehah?


Siapakah Wanita solehah?


1. Wanita Solehah adalah lambang wanita yang memiliki rasa kehambaan yang sejati. Walaupun dianugerahi dengan segala sifat kesempurnaan, namun rasa rendah diri, rasa takut pada Allah, rasa kurang beramal semakin menebal.

2. Mereka juga taat kepada setiap perintah Allah tanpa memilih-milih dan meninggalkan apa sahaja yang dilarang olehNya tanpa banyak soal. Ibadah wajib dilakukan dengan teliti, ibadah sunat disertai, perbuatan haram dijauhi bahkan yang makruh tidak didekati.

3. Sebagai hamba yang sentiasa menerima kurniaan nikmat, rahmat dan kasih sayang Allah, rasa ksyukuran dan terima kasih pada Allah tidak pernah luput daripada ingatannya. Apabila mendapat nikmat dia mensyukuri, apabila diuji dengan bala dia sentiasa tenang, tidak keluh kesah kerana ujian dan bala adalah tanda kasih sayang Allah pada kita.

4. Nilai kasih sayang sesama insan sentiasa menjadi pegangan kerana dia merasakan di situlah terletaknya kebahagiaan hati, dengan ikatan persaudaraan Islam yang kukuh dan jitu. Dengan adanya kasih sayang, maka terhapuskah persengketaan, terjalinlah keamanan dan keharmonian sejagat Justeru itu sebagai seorang gadis remaja Islam, perlu bagi kita untuk memelihara nilai-nilai murni tersebut dan sentiasa berusaha untuk membersihkan diri daripada sifat-sifat tercela seperti sifat mazmumah dan berusaha untuk mengekalkan sifat yang terpuji

Jika selama ini, hidup kita kekosongan, marilah kita isinya dengan keimanan, kepercayaan yang kukuh pada Allah, pada hari pembalasan, pada RasulNya dan syariatNya.
Jika selama ini hidup kita sentiasa diliputi dosa, marilah kita bertaubat memohon
 keampunan daripadaNya dengan kayakinan Dia akan mengampuni kita.

Jika selama ini kita tidak menutup aurat, atau masih belum menutup dengan sempurna martilah kita menjaga maruah diri kita dengan menutup aurat.

Janganlah kita berasa malu untuk merubah ke arah kebaikan. Jika kita yakini jalan yang dipilih selari dengan panduan Allah, lakukanlah. Hidupkanlah kembali suasana solehah seperti zaman kegemilangan srikandi Islam dahulu. Walau di zaman mana, di tempat mana kita berada, yang pasti hidup kita sebagai wanita Islam lebih bermakna jika ia didasari dengan ketaatan pada Allah. Biarlah buruk rupa dipandang mata, asalkan indah dan bernilai di sisi Allah dan manusia yang cerah mata hatinya.

Bina imej diri, jadilah seorang gadis yang solehah dan berakhlak kerana jarang terkumpul pada seorang wanita itu sifat cantik, cerdik, setia dan terdidik.


* TQ~

;)

Monday 4 June 2012

usaha




Orang yang terlalu memikirkan akibat

 dari sesuatu keputusan atau tindakan, 

sampai bila-bilapun dia tidak akan

 menjadi orang yang berani 

Khalifah Ali bin Abi Talib

Thursday 19 April 2012

Secret Recipe: Lempeng Seafood

Bahan-bahan:-
Tepung gandum- 1/2 kilo
Telur-1 biji
Sotong- ikut suka
Ikan bilis-ikut suka
Udang kering-iku suka
Lada merah-2 biji
Bawang merah-3 biji
Bawang putih-3 ulas
Garam-secukup rasa
Gula-secukup rasa
Mentega/majerin

Cara-cara:-
1. Hiris dan tumbuk bawang merah dan putih.
2. Adunkan tepung gandum bersama air, telur, gula dan garam sehingga sebati.
3. Potong sotong dan udang kepada hirisan kecil.
4. Masukkan potongan udang, sotong dan tumbukan bawang ke dalam adunan tepung.
5. Gaul bersama hingga sebati dan masukkan ikan bilis dan lada.
6. Panaskan mentega/majerin di dalam kuali.
7. Dengan menggunakan api yg sederhana, goreng lempeng hingga kekuningan.
8. Hidang dan sedia untuk dimakan. Amat sedap jika dimakan bersama sos cili Thai.



yummy, yummy..



Selamat mencuba! (^_^)v

Saturday 31 March 2012

Cerpen: “Bolehkah Kita Bercinta Dahulu?”

by : hilal asyraf


Cerpen terbaru saya.
“Bolehkah Kita Bercinta Dahulu?”
Saya tidak mahu cakap banyak fasal cerpen ini.
Enjoy!
:-)

“Bolehkah Kita Bercinta Dahulu?”

Engkau sekadar terpana. Seakan-akan masa terhenti buat dirimu sahaja. Perasaan apakah ini? Engkau bertanya. Tetapi jiwa dan hati mendiamkan diri, meninggalkan engkau tanpa jawapannya.
“Abang Ridhwan, Abang Ridhwan.” Tubuhmu digoncang dan engkau sedari. Terus tertarik keluar dari lamunan, dan menoleh ke kiri. Amiruddin. Junior yang engkau kasihi, sedang memaut lenganmu bersama wajah gembira, sambil tangan kanan menunjuk kepada skrin laptop di hadapannya. Yang engkau tatapi tadi.
“Yang ini pula gambar kami masa beraya.” Ujarnya gembira.
Engkau hanya terangguk-angguk sahaja. Tetapi masih tidak dapat melarikan diri dari wajah di dalam gambar tadi, yang terwujud pada laptop yang sama. Kini kelihatan wajah itu bersama Amiruddin dan keluarga. Ya, dia mengetahui bahawa Amiruddin punya kakak. Tetapi selama ini tidak pernah dihiraukannya. Tidak pernah dia ambil tahu siapa namanya. Tidak pernah dia ingin tahu bagaimana rupanya.
Tetapi kini, engkau hingga tertusuk. Hatimu seakan diragut. Hingga engkau kembali menyoal jiwa: Apakah mungkin hatiku dicuri sekadar melihat gambar sahaja?
Mustahil!
Engkau membentak di alam jiwa.
Malam itu tidurmu tidak lena. Mengharap musafir bersama para junior tamat segera. Kerana benakmu penuh dengan rasa tidak selesa. Seakan disergah sesuatu, dan engkau tahu namanya. Tetapi engkau takut untuk mengaku, kerana namanya adalah…
Cinta.

*******

Enam bulan engkau memasung sukma. Cuba menyisihkan. Saban waktu engkau berkata: “Mustahil dengan melihat gambar sahaja, hati telah dicuri. Ini tidak lain hanya syaitan yang ingin menyesatkan diri.”
Engkau taburkan dalam dirimu pelbagai alasan. Takut hubungan dengan Amiruddin terganggu jika engkau ikutkan hasratmu ini. Engkau nyatakan juga bahawa engkau tidak kenal dia, tidak pernah berjumpa bertentang mata, tidak pernah mengetahui bagaimananya dia. Itu semua engkau suburkan agar perasaan itu mati begitu sahaja. Tetapi malang seribu kali malang, perasaan itu terus subur dan membungakan rasa buak yang tidak mampu dihalang.
Tetapi engkau masih bertahan. Menyibukkan diri. Hinggalah pada satu hari, engkau menyedari bahawa dari takdir Tuhan engkau tidak akan mampu berlari.
Engkau menyebut namanya: “Seterusnya, Puteri Raihanah Maisarah!”
Dan dia menapak ke pentas itu dengan sopan sambil menunduk malu dipandang khalayak. Engkau sendiri, yang tidak menyangka tugasan sebagai pengerusi majlis pada hari itu membawa kepada pertemuan ini, berdebar-debar melihatnya.
Hanya sesaat masa. Tetapi waktu seakan terhenti sekali lagi, seperti kala engkau melihat gambarnya. Tinggal kali ini secara realiti, dia berada di hadapanmu wahai Ridhwan hambaNya!
Indah. Bersinar. Lembut. Sederhana.
Dan pantas engkau menundukkan wajahmu semula, kerana merasakan jika tidak engkau lakukan begitu, engkau akan terbakar dengan keindahannya. Jiwamu gemuruh, dan kini engkau tidak lagi mampu memberikan alasan. Kami cintakan dia! Seakan seluruh tubuh bersuara membentakmu, dan engkau tidak mampu menentangnya.
Ya. Aku cintakan dia.
Dan engkau akhirnya hanya mampu mengakuinya.
Dia kembali turun mendapatkan keluarganya, sedang engkau hanya mampu melirik sahaja. Mindamu berputar pesat. Perancangan disusun atur.
Perjalanan cintamu kau mulakan.

*******

Suasana Plymouth sejuk dan kelam. Sudah sepenggal setengah engkau menjejakkan kaki di sini sebagai penuntut ilmu. Tetapi tiada siapa mengetahui bahawa, cita-citamu lebih daripada itu.
“Aku datang ke tanah eropah ini, untuk menuntut pengalaman, agar aku menjadi manusia.”
Itu cita-cita sebenarmu. Bukan semata-mata ingin menjadi pelajar cemerlang dalam TESL yang engkau ceburi. Bukan semata-mata ingin menjadi guru. Kerana itu engkau gandakan usahamu untuk mengekspansikan potensi suaramu.
“Menjadi penasyid yang lain dari lain. Yang bukan pandai menyanyi, tetapi mampu memimpin pendengarnya. Yang bukan sekadar memberikan halwa telinga, tetapi turut menghidupkan jiwa!”
Itu cita-citamu. Tidak pernah engkau tinggal. Kerana itu engkau rajin menulis lagu-lagu baru dan menyanyikannya. Upload di YouTube, letak di dalam blog. Masuk ke alam universiti yang tidak ada pelbagai peraturan ketat, membuatkan engkau bebas menyusun hidupmu sebagaimana yang engkau mahu. Semua itu engkau gunakan sebagai peluang, bukan semata-mata ruang.
Siapa sangka hasil usahamu, engkau telah berjaya mendapat perhatian syarikat rakaman. Lebih unik, engkau terkenal sebagai “Artis Malaysia Yang Tiada Di Malaysia” kerana tatkala album sulungmu keluar bertemu masyarakat, engkau masih di sini meneruskan kehidupan.
Sorotan lampu populariti mengejari, dan namamu mula disebut-sebut. Facebook milikmu menjadi perhatian ramai. Segala apa yang engkau catat, semuanya menjadi perbincangan.
Namun engkau masih seperti biasa. Engkau jelas bahawa populariti bukan apa yang engkau kejar. Tetapi mahu mengubah satu industri, sekaligus memimpin masyarakat kembali kepada Ilahi. Maka engkau teruskan kerjamu, langkahanmu.
Di samping niatnya untuk belajar berdikari agar tidak menyusahkan Abah dan Ummi, niat untuk mengajak manusia kembali kepada Ilahi dengan wasilah seni kekal terpahat di dalam hati.
Sedang engkau menggelamun memikirkan perjalanan hayatmu, tiba-tiba komputermu berbunyi. Engkau mendapatkannya. Rupanya Skype milikmu wujud kenalan baru minta di’approve’. Engkau lihat namanya. Ketika itu juga engkau membeliakkan mata.
Puan Aisyah Humaira’.
Bukan engkau tidak kenal siapa dia. Bonda kepada Raihanah yang engkau cinta.
“Mungkin Aisyah lain.” Engkau menyedapkan hati. Lantas engkau approve. Baru sahaja engkau hendak berlalu dari komputermu itu, deringan panggilan kedengaran. Engkau terkejut melihat paparan pada desktop. Aisyah Humaira’ is calling. Debar. Namun memandangkan engkau baru sahaja meng’approve’, mustahil engkau punya alasan untuk berkata tiada di hadapan komputer hingga tidak mengangkat panggilannya.
Maka engkau sambut panggilan itu. Headphone engkau sangkut di kepala.
“Assalamu’alaikum. Ridhwan ke ni?” Suara bonda itu menggetarkan gegendang.
“Wa’alaikumussalam. Ya, ini saya.”
“Haa, dapat pun. Ridhwan apa khabar? Ini makcik Aisyah ni.”
“Aaa, Ridhwan tahu. Ridhwan sihat alhamdulillah.”
Dan kemudian engkau bersembang dengan bonda itu berkenaan kehidupanmu di Plymouth. Engkau ceritakan suasananya yang sering kelam dan hujan kala musim sejuk. Engkau ceritakan bagaimana cerianya masyarakat di sana tatkala matahari memunculkan diri, hingga ramai keluar ke padang menikmati cahaya mentari. Engkau kongsikan juga kebanggaan masyarakat sana, The Hoe yang punya Rumah Api itu.
Bonda itu kadangkala mencelah bertanya berkenaan pengajianmu, juga tidak ketinggalan bertanya akan kerjayamu. Engkau menceritakan segalanya. Kadangkala bonda itu tertawa. Teringat dikau akan ziarah ke rumah itu sebelum berangkat ke Plymouth, untuk bertemu Amiruddin buat kesekian kalinya, juga untuk melihat suasana kehidupan keluarga itu kerana cinta yang ada di dalam jiwamu. Bahkan, Bonda itu juga membangkitkan akan ziarahmu. Buat engkau rasa sungguh rindu.
“Em, makcik ni call bukan sebab apa. Makcik dengar, Ridhwan suka dengan Raihanah. Betulkah?”
Ibarat disambar halilintar, engkau rasa mahu jatuh dari kerusimu tika itu juga. Soalan yang muncul tiba-tiba di celah kemesraan bicara. Buat engkau sangat terkejut. Hingga engkau sendiri teragak-agak untuk memberikan respon balas.
“Makcik marah?” Itu soalanmu. Soalan dibalas soalan. Kerana engkau nyata risau.
“Tak adalah. Kalau betul, lagilah makcik suka.” Bonda itu tertawa.
“Oh. Legalah dengar makcik cakap macam itu. Ya, Ridhwan suka dengan Raihanah.”
“Haa, kenapa Ridhwan tak cakap masa datang rumah tempoh hari? Kan senang kalau cakap terus.”
“Raihanah muda lagi kan, Makcik? Lagipun, Ridhwan masa itu belum ada apa-apa nak tunjukkan bukti yang Ridhwan bersedia nak ambil anak orang jadi isteri.”
“Alhamdulillah. Senang la hati makcik dengar yang Ridhwan suka pada Raihanah. Tidak mengapa. Kita senyapkan dulu daripada Raihanah. Nanti makcik perlahan-lahan tanya dia.”
“Eh makcik, tak mengapalah. Dia muda lagi kan. Rilek-rilek sahaja.” Engkau berpesan. Engkau takut lain pula jadinya nanti.
“Tidak mengapa, Ridhwan jangan risau.”
Dan sembang-sembang seterusnya berjalan tanpa menyentuh perkara itu.
Malam itu, engkau sekadar berfikir panjang. Aturan apakah ini ya Allah? Engkau bertanya kepada Tuhan empunya langit dan bumi. Semuanya seperti diaturkan olehnya. Rancangmu, semaca pulang bercuti tahun hadapan baru hendak engkau luahkan hasrat ini. Siapa sangka Sang Bonda sendiri akan menghubungimu.
“Apakah ini petanda bahawa Engkau sedang membantuku?”
Tetapi engkau tidak pernah tahu.
Maka engkau biarkan sahaja apa yang berlaku. Sambil berpesan kepada dirimu bahawa engkau perlu melipat gandakan usaha. Perlu membuktikan betapa diri ini layak untuk punya seorang isteri. Layak mencintai. Layak dicintai.
Cinta bukan satu keseronokan nafsu. Kerana engkau sentiasa percaya – Kalau benar cinta, mesti mahu bersama ke syurgaNya. Apa-apa yang melemparkan ke neraka, itu bukan cinta namanya. Engkau kekal dengan prinsip itu.
Malam itu engkau berazam, engkau akan menjadi yang lebih baik lagi daripada hari ini.
Perjalanan cinta ini mesti engkau jadikan perjalanan yang diredhai Ilahi.

*******

Engkau sendiri tidak menyangka, sesuatu yang dirasakan ‘bantuan Tuhan’, rupanya datang bersamanya 1001 dugaan.
Engkau ditolak, tanpa engkau lakukan lamaran. Satu perkara yang paling kelakar pernah engkau dengar dalam sejarah insan, tetapi berlaku kepada dirimu di luar jangkaan. Rupa-rupanya Bonda kepada Raihanah sudah bertanya akan dirimu kepadanya, tanpa engkau ketahui.
Yang engkau perolehi hanyalah panggilan daripada Makcik Aisyah itu, menyatakan Raihanah menolak, tanpa engkau pernah menyebut pun suruh melamarnya. Saat itu engkau nyata bersedih hati, dan berduka beberapa ketika. Kelam Plymouth seakan kena dengan warna jiwamu saat itu.
Tetapi engkau tetap meneruskan hidup. Dan siapa menyangka, selepas 3 bulan berlalu, engkau mendapat panggilan lagi menyatakan bahawa engkau diterima Raihanah pula. Gembira, berbaur sangsi. Sudah tolak, terima pula?
Engkau hubungi Amiruddin saat itu, untuk kepastian. Agar tiada apa yang buruk terjadi.
“Hem, kakak ana yang sulung tu marah betul. Ana takut Raihanah ni kena paksa la Abang Ridhwan.”
Dan engkau rasa tidak sedap hati. Lantas engkau hantarkan pesan kepada Makcik Aisyah, agar jangan dipaksa-paksa. Nyata engkau juga tidak suka kalau Raihanah yang kau cintai itu terluka. Tetapi Makcik Aisyah meyakinkan, penerimaan semula ini adalah pilihan Raihanah sendiri, dan engkau dinasihatkan agar tidak peduli kepada kakak sulung yang berang pada diri. Lebih menenangkan jiwamu, Amiruddin menghubungi menyatakan benar apa yang dikatakan bondanya itu.
Engkau rasa sedikit lega. Bertambah lega apabila selepas itu, engkau mula berhubungan dengan Raihanah melalui email. Sebulan sekali. Berta’aruf. Berkongsi cerita. Dan engkau dapati, sepanjang perkongsian engkau dengan dia di dalam email, dia ceria-ceria sahaja. Engkau buat lawak, dia tertawa. Dia juga sudi menceritakan kehidupannya, apa yang dia suka dan sebagainya.
Engkau kira, semuanya berjalan lancar.
Engkau kira.
Tetapi siapa yang tahu apa sebenarnya berlaku.
Engkau hanya manusia.

******

Engkau pulang bercuti, selepas dua tahun tidak pulang. Sambutan kepadamu sangat hangat. Memandangkan album yang engkau keluarkan mendapat perhatian yang amat menggalakkan. Walaupun namanya bercuti, tetapi engkau hakikatnya berkerja. Ke hulu ke hilir engkau dibawa syarikat rakaman untuk bertemu pendengar, untuk menghadiri temu ramah di stesen radio, dan tidak kurang juga memberikan ceramah memandangkan apa yang engkau nyanyikan itu punya nilai rohani dan motivasi.
Di tengah kegencaran kesibukan ini, engkau sempat luangkan masa menziarahi rakan-rakan. Bertemu dan bertukar cerita. Bermesra setelah sekian lama tidak berjumpa.
Tetapi siapa sangka, rakan-rakan yang engkau cinta itulah, yang membawa kisah buruk di dalam hayat yang engkau kira bahagia.
“Ridhwan.” Toriq bersuara. Nada sembang-sembang yang ceria tadi, jadi dingin secara tiba-tiba. Engkau memandang ke arahnya dengan senyuman yang masih bersisa.
“Kenapa?”
“Macam mana engkau dengan Raihanah?”
“Em? Ok je. Kenapa tiba-tiba tanya?”
“Taklah. Aku dengar engkau paksa dia.”
“Ha? Siapa cerita?”
“Adik aku. Dan kawan-kawan dia di universiti. Mereka cerita, katanya Raihanah menangis-nangis cerita fasal engkau paksa dia.”
Engkau tahu adik Toriq seuniversiti dengan Raihanah. Tetapi benarkah cerita ini? Engkau bertanya kepada diri. Namun, mustahil Toriq berbohong. Toriq itu sahabatmu semenjak kecil. Sekolah menengah bersamamu. Menjadi pengawas bersamamu. Melalui pelbagai pahit maung bersamamu. Engkau sendiri tidak sampai hati untuk menyatakan Toriq membawa cerita palsu.
“Betul ke ni Toriq?”
Engkau lihat Toriq mengangguk.
“Aku tak tahu pun.”  Nadamu kecewa. Benar-benar kecewa. Kalau sampai Raihanah mengalirkan air mata, maka apakah makna engkau hidup di atas dunia? Tetapi engkau juga sangsi dengan kenyataan Toriq sebenarnya. Kerana nyata engkau selama ini berbalas email dengan Raihanah, dia kelihatan ceria sahaja. Namun sekali lagi engkau kata: Di dalam tulisan, mana tahu dia sembunyikan kesedihannya di balik cerianya tulisan dia?
Engkau mula rasa rapuh. Engkau kecewa. Berita ini nyata buat engkau tidak gembira.
Lebih buruk, perkara itu tidak tamat begitu sahaja. Engkau pergi menziarahi seorang lagi rakan, dan ketika sarapan, dia yang bernama Rafiq itu bersuara.
“Adik aku balik rumah, bising sebut nama engkau. Kata engkau ni mengada-ngada. Raihanah dah tak suka, engkau lagi paksa-paksa.” Tiba-tiba Rafiq membangkitkan.
Engkau yang lapar dan hajatkan sarapan yang enak, terus hilang selera. Dan engkau tahu, adik Rafiq juga belajar di universiti yang sama dengan Raihanah. Engkau mula rasa, ke mana engkau pergi, wajah engkau adalah wajah pemaksa. Pemaksa anak orang.
Benarkah? Fitnah apakah ini?
“Tetapi aku tak kisah pun.” Rafiq tersenyum kepada engkau. Namun senyuman itu tidak dapat menenangkan jiwamu. Kerana yang penting untuk engkau bukan apa yang Rafiq fikir. Bukan apa yang seluruh dunia rasa. Tetapi apa yang Raihanah rasa. Benarkah dia terseksa? Engkau mengulang-ulang pertanyaan itu.
Hingga kepada sahabt engkau paling karib, Emrullah, menyuarakan hal ini.
“Sahabat, kakak aku tanya, betul ke engkau paksa Raihanah?”
“Engkau dengar daripada mana ni Emrullah?” Suasana di dalam kereta terus menjadi kelam. Sedang tari baru sahaja ceria berkongsi itu dan ini dengan seorang Emrullah. Sahabat paling akrab yang engkau ada.
“Aku dengar daripada kakak aku. Tetapi kakak aku kata, dia tak percaya.”
“Kakak engkau dengar daripada mana?”
“Kakak aku dengar kawan dia cerita, yang kakak kepada Raihanah tu bising-bising pada kawan-kawan kata engkau paksa Raihanah.”
Kakak sulung Raihanah. Engkau jadi teringat kepada apa yang Amiruddin cerita.
“Dan aku sah-sah lah tak percaya. Itu yang aku tanya.” Jelas Emrullah.
“Mana aku paksa dia. Aku lamar dia pun tidak!” Engkau bercerita. Dan bersama Emrullah, engkau tidak malu mengalirkan air mata.
“Engkau belum dengar cerita yang lebih ridiculous. Kata engkau lamar dia sampai empat kali.” Emrullah bersuara.
Engkau hanya mampu menggeleng kepala. Fitnah. Bila mula disebar, dan ditebar, maka ianya akan berubah dan berkembang menjadi perkara lain. Entah siapa yang mula menyebarkan perkara ini. Engkau sudah mula mendapat satu nama.
Kakak sulung Raihanah. Namanya Rania Maisarah.
Tetapi entah mengapa, di dalam lubuk hatimu menyatakan, Raihanah mungkin terlibat sama.
Mungkin benar Raihanah juga bercerita.
“Entahlah Emrullah. Aku kecewa dengan apa yang berlaku.”
Dan di dalam kereta yang dipandu Emrullah itu, engkau lepaskan tangisanmu. Emrullah sahabat setia, berdiam begitu sahaja, dan engkau tahu begitulah caranya dia menghormati dirimu yang sayu.

*******

Tiada yang mengetahui bagaimana kisahmu. Di balik hujan populariti dan perhatian yang diberikan mereka yang mengikutimu. Di balik ulasan para blogger berkenaan lagu-lagumu. Tiada yang tahu. Saat engkau menunjukkan keceriaanmu di Facebook, orang hanya tahu engkau adalah manusia paling bertuah di dunia. Tiada siapa yang mengetahui bagaimana kisahmu yang sebenarnya.
Kini engkau telah menjadi tunangan orang. Engkau umumkan kepada khalayak bahawa engkau telah bertunang, dan dengan permintaan Raihanah, engkau rahsiakan namanya. Engkau sendiri mengetahui bahawa engkau ramai peminat perempuan. Engkau pernah beberapa kali dilamar mereka, juga pernah sampai ada yang menulis di blognya berkenaan engkau. Engkau mula sedar hakikat dunia. Kadangkala engkau hanya membalas salam yang diberikan sahaja, mereka sudah gembira tidak terkira. Sedangkan untukmu, itu biasa-biasa sahaja. Kerana itu engkau umumkan pertunanganmu. Kerana itu, kadangkala engkau ceritakan rindumu.
Semua menyangka engkau sedang lalui period bahagia. Hendak meniti alam perkahwinan, semua sangka engkau termotivasi dengannya.
Tiada siapa mengetahui betapa peritnya apa yang engkau lalui.
Memang engkau pun tahu, sukar hendak membersihkan namamu. Apatah lagi apabila ada ahli di dalam keluarga yang bercerita, pasti orang lain buta-buta percaya. Sedang posisimu adalah ‘Sang Pemaksa’, siapa mahu dengar ceritamu? Ditambah dengan engkau merupakan seorang punya nama, seorang punya harta, rata-rata menganggap engkau ego dan angkuh, berlagak dan kasar. Tidak mustahil dengan gambaran sedemikian rupa, orang percaya engkau memaksa anak orang.
Tersepit.
Bila bertunang, tambah perit. Ada suara busuk menyatakan itu satu lagi bentuk paksaan. Tiada siapa yang tahu, engkau hendak menjaga hati Raihanah, sanggup engkau kata: Tidak bertunang pun tidak mengapa. Namun ini semua hajat Ummimu, Ummimu yang menghubungi Raihanah, dan Raihanah yang bersetuju. Tiada siapa tahu bagaimana tersepitnya engkau di dalam suasana. Tiada siapa yang tahu bagaimana engkau risaukan keadaannya, Raihanah yang engkau cinta.
Yang rakan-rakan engkau tahu, engkau seorang pemaksa.
Pemaksa anak orang. Bukan satu tuduhan yang kecil. Kerana engkau bakal berkahwin dengannya, dan hidup bersamanya. Engkau bukan tidak tahu engkau pernah di’reject’. Kerana itu engkau usahakan macam-macam cara untuk memenangi hati Raihanah. Sangka engkau, penerimaan semula adalah ‘peluang’ yang diberikan oleh Raihanah sendiri. Sungguh engkau tidak menyangka begini pula jadinya cerita.
Naif. Bodoh. Itu yang engkau ulang kali sebut tatkala mengherdik diri.
Hinggalah kala engkau mengajak Raihanah sendiri membincangkan perkara ini. Awal-awalnya, Raihanah mengelak itu dan ini. Tetapi engkau nyatakan bahawa, ini mesti diselesaikan. Sampai engkau merasa, mungkin kerana rasa ‘terpaksa’ inilah Raihanah menolak untuk berkahwin awal dengan engkau. Engkau ingin rasa ‘terpaksa’ ini hilang.
Bahkan, jika benar rasa ‘terpaksa’, hingga segala kegembiraan yang engkau lihat di dalam tulisan Raihanah selama ini adalah palsu belaka, engkau mahu putuskan sahaja hubungan ini. Engkau tidak mahu sukarkan Raihanah.
Dan Raihanah akhirnya mengalah. Bersetuju berbincang dan menceritakan kebenaran. Dua hari suntuk engkau dan dia berbalas email berbincang akan perkara sebenar. Meluahkan apa yang terkandung di dalam hati.
Engkau akhirnya mula tahu, ini semua berpunca dari salah faham yang berlaku.
“Saya pun ingat awak yang paksa. Tetapi lepas saya berhubung dengan awak, saya tak rasa awak begitu orangnya. Yalah, saya tersilap awal-awal dulu emosi sangat. Saya cerita pada kawan-kawan. Masa itu saya tak kenal awak betul-betul lagi.”
Dia akhirnya memberikan pengakuan.
“Habis, awak masih rasa terpaksa? Awak benci dengan saya?”
“Tidak. Saya tak rasa benci pun pada awak. Bahkan, saya usaha buka hati saya untuk terima awak.” Berserta smileys yang menyenangkan.
“Bagaimana dengan kakak awak?”
“Hem, yang itu entahlah. Entah apa yang dia tak suka sangat. Awak, awak biar sahajalah dia ya?”
“Asal awak bahagia, orang lain nak rasa apa, saya tidak kisah.”
“Saya minta maaf kalau saya tak berani nak bersihkan nama awak, nak backing awak dari kakak saya, dan sebagainya. Saya sedar saya silap, saya minta maaf. Dan minta maaf sebab saya bukan jenis yang boleh sangat jiwang-jiwang ni. Sebab itu saya biasa-biasa sahaja dengan awak. Kita bercinta lepas kahwin ya?”
“Saya tetap akan terus cintakan awak, sampai kita kahwin, dan selepas itu.”
Dan smileys terwujud pada email, tanda semuanya baik-baik sahaja.
Engkau yang kini menghadap pantai di Plymouth rasa bahagia dengan email yang diterima malam tadi itu. Engkau rasa tenang. Engkau rasa senang. Ya, namamu masih buruk bagi sebahagian rakan-rakan kerana tiada yang mampu membelamu. Perlu yang bersalah yang membersihkan nama. Tetapi engkau sudah cukup bahagia.
Engkau memandang ke langit hari itu, dan engkau berbicara kepadaNya:
“Engkau ya Allah, hikmahMu memang tiada siapa mampu menjangka.”
Engkau teringat saban tangismu melalui hari-hari lalu. Engkau kembali melihat betapa engkau berubah menjadi lebih berhati-hati. Engkau mejadi lebih memikirkan orang lain. Engkau jadi lebih matang dan lebih berpandangan jauh.
Allah sedang mendidikmu. Itu yang engkau lihat daripada cerita ini.
Engkau mengenali kehidupan dunia ini dengan lebih jelas. Permainan di dalamnya berkembar dengan kebahayaan. Engkau menyedari, sebaik mana pun seseorang itu berusaha, dia pasti akan diduga. Sebersih mana pun jalan yang diambil, pasti akan ada dukanya. Engkau akhirnya berjaya menyelami makna sabar dan percaya kepada Allah, engkau akhirnya berjaya menggapai perasaan bersangka baik kepada Ilahi tatkala diduga hebat.
Engkau bersyukur tidak mengalah. Eengkau bersyukur engkau sabar.
“Kalau Rasulullah pembawa kebenaran itu pun diuji, mustahil tidak aku.” Engkau berkata kepada diri.
Mungkin kehitaman cerita yang terpalit padamu tidak akan dapat dicuci.
Mungkin sebahagian besar rakan-rakanmu tidak akan mengetahui cerita yang sebenar ini. Bahkan, perjalanan cinta sebegini amatlah berat untuk seseorang itu lalui.
Sudahlah berada dalam batasan syara’, yang tidak membenarkan itu dan ini. Diketatkan lagi dengan sikap Raihanah yang sangat menjaga, hingga bermesra pun jarang sekali. Disempurnakan pula dengan fitnah-fitnah yang melanda diri. Ya. Memang perit sekali.
Tetapi kala engkau menghadap laut ini, engkau rasa puas hati diaturkan sebegini.
Engkau telah belajar, menjadi hamba yang lebih sejati.
“Ini pengajaran berharga dalam hidupku, dan aku berterima kasih kerana Engkau meletakkan aku untuk melaluinya, Wahai Tuhanku.”

********

Semua jemputan sudah pulang. Kemas-kemas pun sudah selesai. Sesi ta’aruf bersama keluarga juga telah usai. Abah dan Ummi sudah masuk ke bilik. Adik-adikmu semua sudah tertidur kepenatan di ruang tamu. Sepupu-sepapat, saudara-mara, sudah pulang.
Tinggal engkau dengan dia sahaja kini, berduaan. Di atas katil yang dihias indah itu, engkau duduk dengan Raihanah berada di sebelahmu.
Majlis berjalan lancar. Walau engkau tidak senang dengan kehadiran Sang Kakak yang tidak pernah hendak menyelesaikan masalahnya denganmu, engkau sekadar mencari wajah Raihanah, biar kekuatan muncul di dalam kalbu.
Lain tatkala orang yang dicintai selama ini dari jauh, kini boleh dipegang sentuh.
Bahagia. Entah apa perkataan lain yang boleh menggantikan perkataan itu, untuk mendefinisikan apa yang dirasa.
“Ehem.” Raihanah di sebelah berdehem kecil, mengeluarkan engkau dari lamunan.
“Ah, ya Cik Raihanah?” Engkau mengangkat sebelah kening, bertanya.
“Kita nak buat apa ni?” Engkau dapat melihat wajahnya tertunduk. Merah pipinya.
Malam pertama. Orang buat apa yang orang buat pada malam pertama. Engkau pegang tangannya.
“Awak, bolehkah kita bercinta dahulu?”
“Eh?” Raihanah mengangkat wajahnya terkejut.
Engkau hanya menggaris senyum. Sebenarnya, engkau juga kekok. Engkau tidak biasa sebegini. Engkau bergaul dengan ramai perempuan, tetapi bukan tanpa batas sebegini. Ini adalah perempuan pertama halal buatmu, dan engkau rasa segan sendiri.
Engkau hanya memberanikan diri.
“Kita tidak pernah bercinta kan? Sekurang-kurangnya, awak tak pernah mencintai saya sebelum ini. Bolehkah kita bercinta dahulu?”
“Ini ke sebab awak tak cium saya langsung hari ini macam pengantin-pengantin lain buat?”
“Saya hanya mahu mencium perempuan yang mencintai saya.”
Engkau lihat dia memuncungkan bibirnya dan berpaling. “Alah, perempuan macam itu kan ramai di luar sana. Carilah mereka.”
Engkau gerakkan tanganmu, menyentuh dagunya, menarik wajahnya semula kepadamu.
“Dengan syarat, saya mencintainya juga.” Engkau angkat kening dua kali. Nakal.
“Jahat!” Terus dadamu ditumbuk perlahan.
Engkau tertawa. Siapa sangka waktu ini akan hadir?
Suasana bilik menjadi sepi seketika.
“Awak, sesiapa pun yang melihat apa yang awak lalui dan bagaimana awak melaluinya, akan jatuh cinta dengan awak.” Ketika ini, engkau yang terkejut apabila tangan lembut itu menyentuh kulitmu, dan bibirnya mengucup pipimu.
Kemudian dia terus merangkulmu erat. Matamu sudah bergenang.
“Dan oleh kerana saya sahaja yang lihat semua itu, maka saya sahaja yang mampu jatuh cinta kepada awak, Ridhwan.” Lebih erat.
“Saya cintakan awak.” Raihanah mengulang.
Dan air matamu mengalir ketika itu juga.
“Saya telah lama mencintai awak, Raihanah.”
Dan kalian bermesra secara halal pada malam yang indah itu. Di bawah lembayung rahmat dan kasih Tuhanmu.
************
Engkau satu ketika di tengah kepahitan ini pernah menjerit ke langit kerana rasa terseksa. Mengapa Engkau susun hidupku begini? Begitu engkau memarahi Ilahi. Hilang seketika segala percaya yang pernah engkau bina. Kerana kecewa. Kerana berputus asa. Kerana jiwamu retak sejuta.
Engkau yang bersusah payah membina kerjaya.
Engkau yang selama ini berdikari seorang diri.
Engkau yang selama ini mempersiapkan diri.
Bukan ada sesiapa yang memerhati dan menyelami.
Akhirnya diberikan jalan cinta sedemikian perit, siapakah yang tidak patah hati?
Lebih baik bercouple, engkau pernah kata.
Lebih baik mengorat anak orang, engkau pernah kata.
Tetapi pada saat ini wahai Ridhwan,
Aku ingin bertanya,
Apakah yang engkau rasa?
“Seakan segala perit itu, tidak pernah aku lalui.” Itulah jawapan sukma.
Bukankah engkau rasa beruntung memilih untuk mengutip kembali jiwamu yang retak sejuta itu? Bukankah engkau rasa beruntung memilih jalan ini dan menyambung kepercayaanmu?
Sesungguhnya inilah dia pengajaran daripada Tuhanmu.