Monday 4 February 2013

How to Make : Brownies Coklat

Alhamdulillah bertemu kita lagi dalam ruangan "How to Make".Sekarang ni Bidadari Besi sedang bercuti semester sebelum menjengah ke semester akhir pengajian.Sementara ada di rumah ni, sempat la baking-baking semua ni.
Kali ini, saya ingin berkongsi resepi membuat brownies.
BROWNIES? Pe tu? Mesti soalan ini yang menjengah di fikiran bagi sesiapa yang baru pertama kali mendengar mengenainya.

Menurut Wikipedia,

chocolate brownie is a flat, baked square or bar developed in the United States at the end of the 19th century and popularized in both the U.S. and Canada during the first half of the 20th century. The brownie is a cross between a cake and a cookie in texture.Brownies come in a variety of forms. They are either fudgy or cakey, depending on their density, and they may include nuts, frosting,whipped creamchocolate chips, or other ingredients. A variation that is made with brown sugar and no chocolate is called ablondie.


Brownies yang akan saya kongsikan resepinya ini adalah Brownies Coklat.Siapa2 yang memang peminat coklat mesti suka punya la ! Saya dah cuba buat beberapa hari lepas,alhamdulillah memang sedappp!!! Umi dan adik2 sampai makan berulang-ulang.


How to Make : Brownies Coklat

Bahan-bahan :

3/4 cawan serbuk koko

1/2 sudu teh baking soda
2/3 cawan mentega/marjerin (dipotong dan dicairkan terlebih dahulu)
1/2 cawan air panas (yang baru dididihkan ye)

2 cawan gula (boleh dikurangkan kalau nak kurang manis)
2 biji telur
1-1/3 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam
1 cawan cip coklat

Cara-caranya:

  1. Panaskan oven ke suhu 350 darjah Fahrenheit. Griskan loyang segi empat berukuran 13 x 9 x 2-inci. 
  2. Masukkan serbuk koko dan baking soda ke dalam sebuah mangkuk yang bersaiz besar. Kemudian kacau keduanya.Selepas itu, masukkan 1/3 cawan mentega.
  3. Tuangkan air panas.Teruskan mengacau adunan sehingga menjadi likat.
  4. Masukkan pula gula,telur dan 1/3 cawan mentega lagi. Kacau sehingga sebati.
  5. Selepas bahan2 tadi telah sebati, masukkan tepung,esen vanila dan garam.Kacau sehingga mesra.
  6. Jangan lupa  masukkan coklat cip coklat ye ! Kaup-balikkan bagi memastikan semua cip coklat disaluti adunan tadi.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  8. Bakar sehingga 30-35 minit atau sehingga brownies telah lekang daripada loyang.
  9. Sejukkan loyang di atas rak wayar.
  10. Potong brownies kepada bentuk segi empat sama.Lebih kurang 36 biji brownies boleh diperoleh dengan mengikut sukatan bahan-bahan di atas.
TADAA !!! Inilah hasilnya ...

Memang rupa brownies saya sejibik macam ni!!!
(Source : http://modernchivaree.blogspot.com/2010/10/on-brownies.html )


~SELAMAT MENCUBA ~!!!
xoxo,

bB


No comments:

Post a Comment