Tuesday 5 July 2011

- Memori Dosa-

Bismillah al-Rahman al-Rahim

kadang kita terfikir dosa silam. dosa yang kita tak mampu tanggung. satu beban. dosa yang tak mampu untuk kita kongsikan. setiap hari teringat. setiap hari diri kita mengingatkannya.

ibarat satu bom jangka. tak mampu lari. tak mampu juga untuk sembunyi. kadang kita terfikir. kenapa ? kenapa? kita pujuk diri kita. kita bertaubat. kadang syaitan datang. berkata : buat lagi. esok boleh bertaubat.

manusia. saya. kamu. tak lari dari dosa. sekecil mana. sebesar mana. Allah masih ada. Allah yang tak pernah lupakan hamba-Nya. mencari kecintaan-Mu yang tak tergapai. kuatkan usaha. jangan putus asa. jika jatuh, bangun. jatuh lagi. kita bangun. sekiranya dalam peperiksaan kita mampu untuk buat yang terbaik. mengapa tidak pada taubat?


Rasulullah SAW bersabda: “Allah menulis pada atas arasy-Nya: Sesungguhnya rahmatku mendahului kemarahan-Ku” Riwayat Bukhari.

biarkan dosa itu menjadi satu batu loncatan untuk menjadikan hari yang mendatang lebih baik. menjadikan diri kita lebih baik. hati yang sudah bertompokkan titik hitam, bersihkan dengan amalan mulia. usaha. usaha.

No comments:

Post a Comment